Tentera digerak mulai Ahad, bukan perintah darurat

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menggerakkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bermula Ahad ini (22 Mac) dalam usaha mengurangkan pergerakan rakyat, namun ia bukanlah satu perintah darurat. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan yakin dengan bantuan tentera, tahap pematuhan rakyat terhadap perintah kawalan pergerakan akan lebih tinggi. “Kita berharap rakyat terus patuh […]

Dr Mahathir kuarantin diri secara sukarela

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan beliau kini menjalani kuarantin secara sukarela di kediamannya selepas mempunyai kontak rapat dengan individu yang disahkan positif COVID-19. Difahamkan, Ahli Parlimen Langkawi itu mula menjalani kuarantin secara sukarela sejak semalam selepas bergambar dengan individu berkenaan baru-baru ini. “Saya patuh (kuarantin secara sukarela) kerana amat […]

COVID-19: Inteam ajak zikir menerusi talian

KUALA LUMPUR – Kumpulan nasyid popular, Inteam merancang mengadakan program Zikir Munajat menerusi talian bersama peminat berikutan penularan wabak COVID-19. Ketua kumpulan, Mohd Syahril Abdul Khalid atau Syah berkata, Inteam merasai tempias apabila beberapa program yang sudah dipersetujui awal terpaksa dibatalkan, selepas wabak COVID-19 semakin meruncing. “Inteam mengambil inisiatif menganjurkan program Zikir Munajat menerusi atas […]

Jawi Food Bank sumbang makanan

KUALA LUMPUR – Simpati dengan nasib mereka yang terpaksa bekerja ketika Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan kerajaan, Jawi Food Bank dengan kerjasama rakan strategik tampil memberikan sumbangan makanan kepada yang terbabit. Pengarahnya Mohd Ajib Ismail berkata, inisiatif itu dimulakan semalam, dengan memberi sumbangan makanan kepada petugas di Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) yang bertugas ketika wabak […]

COVID-19: Himpunan tabligh Ijtima Asia dibatalkan

JAKARTA – Acara himpunan, Ijtima Dunia 2020 Zon Asia membabitkan ribuan masyarakat Islam di wilayah Sulawesi Selatan dibatalkan berikutan kebimbangan penularan wabak COVID-19, lapor jurucakapnya. Sejak beberapa hari lalu, pihak berkuasa menasihati mereka membatalkan program Ijtima Asia anjuran jemaah tabligh yang dijangka dihadiri umat Islam dari seluruh dunia. Himpunan itu dijadualkan berlangsung di Gowa, berdekatan […]

Berdosa pulang ke kampung jika datangkan mudarat

KUALA LUMPUR – Perbuatan orang ramai yang pulang ke kampung sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan boleh menjadi haram dari segi agama jika mendatangkan mudarat kepada ahli keluarga dan masyarakat. Pensyarah Fiqh Fatwa Semasa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, berkata perbuatan itu boleh jatuh haram kerana ia jelas bertentangan […]

Penularan wabak lebih cepat berlaku dalam keadaan panik

KUALA LUMPUR – Pelbagai faktor yang menyumbang situasi panik, antaranya adalah tindakan pencegahan yang lambat, pengurusan dan komunikasi risiko yang kurang berkesan penyaluran maklumat yang tidak tersusun sehingga membuka ruang penularan pelbagai berita viral. Kesannya, orang ramai mula melakukan perkara atau tindakan yang dianggap mereka untuk ‘survival’ bagaimanapun membuka ruang kepada penularan wabak dan risiko […]

2 kematian pertama akibat COVID-19

PUTRAJAYA: Malaysia mencatat dua kematian akibat wabak COVID-19, iaitu pesakit dari kes ke-178 dan ke-358. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata bagi kes ke-178, ialah seorang lelaki yang menghadiri satu perhimpunan tabligh di Seri Petaling baru-baru ini. “Bagi kes ke 358 pula ialah seorang lelaki berumur 60 tahun di Kuching, Sarawak,” katanya dalam […]

Perak saran masjid, surau jemput penceramah tempatan

IPOH – Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menyarankan semua masjid dan surau di negeri ini agar menjemput penceramah daripada kalangan anak tempatan sekitar daerah atau negeri bagi membendung penularan jangkitan COVID-19. JAIPk menerusi satu kenyataan turut menyarankan pihak masjid dan surau supaya menyediakan cecair pembasmi kuman untuk program kuliah serta majlis keagamaan seperti kelas pengajian […]

PBB mahu dunia isytihar perang terhadap Covid-19

NEW YORK – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mahu dunia mengisytiharkan perang ke atas virus Covid-19, hanya 2 hari selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan wabak itu sebagai pandemik. Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres berkata, “Kita mesti mengisytiharkan perang terhadap virus ini”, lapor agensi berita Xinhua. “Ini bermakna setiap negara mempunyai tanggungjawab untuk meningkatkan langkah pencegahan […]