COVID-19: Sultan Selangor bimbang rakyat degil patuhi PKP

SHAH ALAM – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kebimbangan kerana masih ada rakyat yang degil dan tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sejak pelaksanaannya pada 18 Mac lepas. Baginda bertitah kedegilan dan sifat pentingkan diri sendiri dalam situasi kritikal sekarang hanya menyusahkan banyak pihak khususnya petugas barisan hadapan. Sultan Selangor juga menzahirkan kekhuatiran […]

Jakim lancar Tabung Musa’adah COVID-19 bantu pihak terjejas

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melancarkan Tabung Musa’adah COVID-19 sebagai inisiatif membantu meringankan beban pihak yang terjejas akibat wabak itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata sumbangan ke tabung berkenaan boleh dibuat melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad (16027010001528) atas nama Tabung Bencana Alam dengan rujukan derma […]

Agong sedih, bimbang kakitangan kesihatan dijangkiti wabak

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menzahirkan rasa sedih berikutan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan petugas fasiliti kesihatan swasta dijangkiti COVID-19. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata Al-Sultan Abdullah sangat bimbang dengan perkembangan itu memandangkan mereka adalah petugas barisan hadapan yang mengorbankan masa […]

Orang ramai dapat topeng percuma

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan bersetuju mengagihkan topeng muka kepada rakyat secara percuma. Perdana Menteri berkata, pengagihan topeng itu adalah antara sumbangan kerajaan kepada rakyat dalam menghadapi krisis COVID-19. “Kerajaan mengambil keputusan mengimport topeng muka dari China iaitu kira-kira 10 juta keping. Semalam, saya sudah mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) supaya […]

Pengeluaran RM500 dari KWSP, suntikan RM500 juta kepada KKM, penangguhan bayaran PTPTN

PETALING JAYA – Kira-kira 12 juta rakyat Malaysia dibenar mengeluarkan RM500 setiap bulan daripada Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selama setahun, yang merupakan sebahagian langkah membantu orang ramai menangani impak kewangan akibat Perintah Kawalan Pergerakan untuk membendung Covid-19. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan langkah itu berkata, kerajaan menjangkakan kira-kira RM40 […]

“Penjarakkan Sosial Paksaan” Untuk Selamatkan Malaysia

KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 16 Mac adalah PKP kedua yang saya alami. PKP pertama yang saya alami adalah perintah berkurung yang berlaku semasa zaman kanak-kanak saya di Sarawak. Ketika itu saya baru berusia dalam lingkungan 6 atau 7 tahun. Namun, saya masih […]

Jakim tubuh pasukan khas urus jenazah mangsa Covid-19

PETALING JAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menubuhkan pasukan khas bagi menguruskan jenazah mangsa wabak Covid-19. Timbalan Ketua Pengarah Dasar, Jakim, Hakimah Mohd Yusoff berkata, penubuhan itu dibuat sebagai persiapan susulan peningkatan jumlah kematian. “Pasukan yang ditubuhkan sejak wabak ini melanda negara telah diberi taklimat dan penerangan mengenai kaedah pengurusan jenazah secara khas berpandukan […]

Dr Mahathir sah negatif Covid-19

PETALING JAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad disahkan negatif Covid-19, kata pembantu bekas perdana menteri itu. “Beliau disahkan negatif,” katanya kepada FMT. Dilaporkan sebelum ini Mahathir berkurung selama 14 hari di rumahnya selepas mengambil gambar dengan seorang individu yang kemudiannya disahkan positif Covid-19. Dalam temu bual di TV3, Mahathir berkata, beliau mematuhi keperluan kuarantin dan […]

Majlis Agama Islam Pahang beri RM1,000 kepada keluarga pesakit Covid-19

PETALING JAYA – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang pada 21 Mac bersetuju untuk memberikan bantuan dan sumbangan berjumlah RM250,000 kepada kerajaan Pahang bagi membantu pihak yang memerlukan bantuan susulan wabak Covid-19. Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Sultan Abdullah berkata, tambahan sebanyak RM200 turut diberikan kepada 3,030 orang penerima bantuan […]

Zakat Selangor agih RM15 juta bantu pihak terjejas Covid-19

SHAH ALAM – Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan agihan khas sebanyak RM15 juta sebagai bantuan segera bagi memenuhi keperluan kebajikan dan perubatan susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19. Ketua pegawai eksekutif LZS Saipolyazan M Yusof berkata, agihan itu bertujuan membantu golongan penjaja, peniaga kecil dan pekerja berpendapatan rendah yang terjejas […]