Gotong royong memasak Bubur Asyura di Taman Sri Purnama

SUKARELAWAN YADIM (SAY) jajahan Pasir Puteh telah mengadakan program memasak Bubur Asyura pada 5 Ogos di Surau Taman Sri Purnama, Kampung Nara, Pasir Puteh, Kelantan. Program ini diadakan bertujuan mengeratkan silaturahim antara ahli SAY dan komuniti setempat. Ia juga sebagai pengukuhan pasukan bagi memastikan SAY sentiasa aktif bergerak dalam kumpulan masing-masing terutama apabila ada keperluan […]

Malaysia edar satu juta al-Quran di seluruh dunia

PUTRAJAYA – Malaysia akan mengeluarkan satu juta al-Quran untuk diedarkan segera di seluruh dunia sebagai tindakan balas terhadap insiden membakar naskah al-Quran di Sweden, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menegaskan bahawa Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ahli politik pelampau kanan Sweden-Denmark, Rasmus Paludan membakar naskhah al-Quran di Sweden baru-baru ini, Anwar berkata, ikhtiar yang […]

800 pek bubur Asura untuk penduduk Hulu Langat

HULU LANGAT  – Sebanyak 800 pek bubur asyura telah diagihkan kepada penduduk daerah ini pada 30 Ogos oleh Institut Latihan Dakwah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (INDAH). Bubur asyura berkenaan telah disediakan secara gotong-royong dalam program Agihan Bubur Asyura INDAH, sebagai sebahagian pengisian program Bulan Kemenangan sempena hari kemerdekaan. Menurut Pengarah INDAH, Mohd Fitri Aziz Mohd […]

Semarak Maal Hijrah dan Bulan Kemerdekaan di SJR seluruh Kelantan Siri 2

GUA MUSANG – Selepas Pasir Puteh, Machang dan Kuala Krai, kempen mengibarkan Jalur Gemilang oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan diteruskan pula pada 30 Ogos di jajahan ini, Jeli, Tanah Merah, Pasir Mas dan Tumpat. Program ini diadakan dengan kerjasama Pejabat Exco Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, Urusetia Belia dan Sukan Kelantan dan […]

SAY Terengganu agih 1,000 pek bubur lambuk

MARANG – Seawal pagi pada 7 Mei, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Terengganu telah bergotong royong menyediakan dan memasak bubur lambuk untuk diagihkan kepada penduduk di sini. Seramai 25 SAY terlibat dalam penyediaan 1,000 pek bubur lambuk ini. Menariknya, bahan bahan ulam untuk bubur ini dicari dan dipetik sendiri oleh ahli SAY di hutan […]

YADIM Sabah edar bubur lambuk dengan kerjasama IPK Sabah

KOTA KINABALU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah pada 28 April telah bekerjasama dengan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini memasak dan mengedar bubur lambuk sempena menyambut Ramadan. Ia diadakan dengan kerjasama Bahagian Agama dan Kaunseling Polis Diraja Malaysia IPK Sabah. Sebanyak 300 pek bubur lambuk dan 300 pek bubur kacang dihasilkan […]

Firdaus Wong sertai YADIM edar Kuih Bulan di Jalan Petaling

KUALA LUMPUR – Pendakwah terkenal, Firdaus Wong Wai Hung pada 1 Oktober telah menyertai inisiatif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mengedar Kuih Bulan di sekitar Jalan Petaling di sini. Beliau bersama kira kira 25 Sukarelawan YADIM mengedarkan kuih tersebut sempena Sambutan Perayaan Kuih Bulan yang disambut komuniti Cina di negara ini. “Kita disini bukan untuk […]