Home » Citra Yadim » Semarak Maal Hijrah dan Bulan Kemerdekaan di SJR seluruh Kelantan Siri 2

Semarak Maal Hijrah dan Bulan Kemerdekaan di SJR seluruh Kelantan Siri 2

GUA MUSANG – Selepas Pasir Puteh, Machang dan Kuala Krai, kempen mengibarkan Jalur Gemilang oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan diteruskan pula pada 30 Ogos di jajahan ini, Jeli, Tanah Merah, Pasir Mas dan Tumpat.

Program ini diadakan dengan kerjasama Pejabat Exco Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, Urusetia Belia dan Sukan Kelantan dan Jabatan Belia dan Sukan Kelantan.

Program bermula di sekatan jalan raya (SJR) Tanah Puteh di sini pada jam 9 pagi.  Hadir menyampaikan jalur gemilang dan pelekat kenderaan kepada pengguna jalan raya adalah wakil kepada Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Zamri Zakaria.

Seterusnya rombongan bergerak ke SJR Batu Melintang, Jeli dan serahan Jalur Gemilang dilakukan oleh  ADUN Kuala Balah Yang Berhormat Datuk Abdul Aziz Derashid.

Selesai di Jeli, program diteruskan di SJR Tanah Merah yang dihadiri ADUN Bukit Panau, Yang Berhormat Dato Hj Abdul Fattah Haji Mahmood dan seterusnya di SJR Tendong yang dihadiri ADUN Tendong, Yang Berhormat Rozi Muhamad.

Akhir sekali serahan Jalur Gemilang dan pelekat kenderaan dilakukan di SJR Pasir Pekan yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa  Belia,  Sukan dan NGO Kelantan, Yang Berhormat Ustaz Wan Roslan Wan Hamat.

Hadir sama ialah Pengarah YADIM Kelantan Ustaz Haji Mahadi Awang dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Kelantan, Laila Nazura Nawi.

Secara keseluruhannya, sebanyak 500 Jalur Gemilang dan pelekat kenderaan telah diedarkan kepada pengguna jalan raya sepanjang program pada hari ini.

YADIM mengucapkan terima kasih di atas sokongan semua Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri yang terlibat turun padang menyampaikan bendera tersebut di lima sekatan jalan raya.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *