Home » Citra Yadim » Gotong royong memasak Bubur Asyura di Taman Sri Purnama

Gotong royong memasak Bubur Asyura di Taman Sri Purnama

SUKARELAWAN YADIM (SAY) jajahan Pasir Puteh telah mengadakan program memasak Bubur Asyura pada 5 Ogos di Surau Taman Sri Purnama, Kampung Nara, Pasir Puteh, Kelantan.
Program ini diadakan bertujuan mengeratkan silaturahim antara ahli SAY dan komuniti setempat.
Ia juga sebagai pengukuhan pasukan bagi memastikan SAY sentiasa aktif bergerak dalam kumpulan masing-masing terutama apabila ada keperluan untuk berkhidmat dalam masyarakat.
Selain itu program ini juga berjaya memupuk nilai-nilai murni di kalangan ahli SAY selain membawa mereka supaya lebih dekat dengan aktiviti yang memberi manfaat kepada diri dan masyarakat.
Walaupun hujan lebat, program tetap diteruskan hingga selesai bubur berkenaan diagihkan kepada golongan sasaran.
Sebanyak 2 kawah Bubur Asyura berjaya disiapkan sebelum diedarkan kepada ahli SAY dan masyarakat setempat. Sebanyak 300 pek telah diedarkan.
Selain memasak bubur asyura, aktiviti cuci-cuci surau turut dilaksanakan oleh anggota SAY yang hadir.
Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin juga hadir dan turut membantu aktiviti gotong royang memasak bubur berkenaan.
Beliau turut menyampaikan tazkirah selepas solat fardhu Zohor kepada jemaah yang hadir.
Bersama YADIM Kelantan, Ustaz Zamri dijadualkan turun padang ke beberapa kawasan selepas Surau Taman Sri Purnama.
Hadir sama dalam program ini ialah Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Haji Mahadi Awang.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *