Home » Citra Yadim » Firdaus Wong sertai YADIM edar Kuih Bulan di Jalan Petaling

Firdaus Wong sertai YADIM edar Kuih Bulan di Jalan Petaling

KUALA LUMPUR – Pendakwah terkenal, Firdaus Wong Wai Hung pada 1 Oktober telah menyertai inisiatif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mengedar Kuih Bulan di sekitar Jalan Petaling di sini.
Beliau bersama kira kira 25 Sukarelawan YADIM mengedarkan kuih tersebut sempena Sambutan Perayaan Kuih Bulan yang disambut komuniti Cina di negara ini.
“Kita disini bukan untuk menyambutnya, tetapi untuk memberikan hadiah kepada sahabat sahabat kita, daripada kaum Tionghua, kerana ini juga salah satu ‘Uslub’ Dakwah yang kita boleh berikan kepada mereka,” ujar beliau sebelum program bermula.
Pada masa yang sama, Ikon Dakwah YADIM ini turut mengajak orang ramai menyertai Sukarelawan YADIM bagi turut serta dalam program program berbentuk kemasyarakatan seperti ini.
Hadir sama ialah Timbalan Yang Dipertua YADIM, Yang Berbahagia Dato’ Dr Mohd Fakhruddin Abdul Mukti, Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita, Ustaz Azhar Yahya dan kakitangan YADIM.
Edaran kuih bulan oleh YADIM ini bermula sekitar jam 8 pagi di beberapa kawasan di bandaraya ini seperti Pasar Kepong, Seputeh, Pasar Sentul, Petaling Stret dan Bukit Bintang.
Ia turut disertai oleh ahli Sukarelawan YADIM yang bukan Islam.
Penganjur an program ini membuktikan bahawa Islam tidak menghalang umatnya meraikan perayaan berbentuk kebudayaan.
Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM merancang untuk mengadakan beberapa lagi program seperti ini sebagai inisiatif mengeratkan hubungan antara kaum di negara ini.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *