Kerajaan cadang wujud SOP wanita tempatan kahwin warga asing

Kahwin

PETALING JAYA – Kerajaan akan mencadangkan satu prosedur operasi standard (SOP) berhubung perkahwinan wanita tempatan dengan warga asing bagi mengelakkan mereka menggunakan hubungan itu hanya untuk tinggal lebih lama di negara ini untuk tujuan berniaga. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata, SOP itu adalah bagi memastikan wanita Malaysia tidak dijadikan alat dan […]

Sultan Abdullah disifatkan pemerintah mengutamakan rakyat

KUANTAN: Sifat mendahulukan dan mengutamakan rakyat menjadi perkara utama yang terlintas dalam bicara rakyat di negeri ini apabila merungkai keperibadian Sultan Pahang keenam, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah. Menjadi individu terawal bersama isterinya Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah melawat mangsa bencana di segenap pelusuk negeri, Sultan Abdullah kadang kala dilihat sanggup mengetepikan protokol bagi bersama […]

Pusat tahfiz: Kerajaan pinda akta

KUANTAN – Kerajaan akan meminda Seksyen 97 Akta 505 Pentadbiran Undang-Undang Islam 1993 (Wilayah Persekutuan) bagi mengawal selia sekolah tahfiz dan sebahagian sekolah agama di seluruh negeri. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Fuziah Salleh berkata, pindaan itu dibuat melalui sidang Dewan Rakyat bagi memperluaskan kuasa Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dalam mengawal selia […]

Jangan jadikan Tabung Haji mangsa pemikiran perkauman

PULAU PINANG  – Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) tidak seharusnya dijadikan mangsa pemikiran rasis menerusi Petisyen Membantah Lembaga Tabung Haji di Bawah Lim Guan Eng dan Kementerian Kewangan yang dilancarkan semalam menerusi Internet. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, ini kerana langkah meletakkan Tabung Haji di bawah pengawalseliaan Bank Negara Malaysia (BNM) […]

Tiada lagi kuota haji untuk menteri dan Ahli Parlimen

KUANTAN – Kerajaan memutuskan tidak lagi memberi kuota haji khas kepada menteri dan Ahli Parlimen bagi membolehkan lebih ramai rakyat dapat menunaikan ibadah itu pada masa akan datang. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Fuziah Salleh, berkata menjadi amalan kerajaan terdahulu untuk memberikan kuota haji ini kepada ahli politik sehingga mengakibatkan ada […]

Kerajaan teroka sumber baharu perkasa instrumen wakaf

KUALA LUMPUR – Kerajaan berusaha meneroka sumber dan cara baharu bagi memperkasa instrumen wakaf di negara ini agar manfaatnya dapat dinikmati sepenuhnya, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh. Beliau berkata masih banyak boleh dilakukan kementerian untuk memajukan institusi wakaf di negara ini, yang pada pandangan beliau, kurang diberi tumpuan kerajaan terdahulu. “Tanpa […]

PBT boleh ambil tindakan sekolah tahfiz tak berdaftar

KUALA LUMPUR – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diminta mengambil tindakan terhadap premis-premis sekolah tahfiz yang tidak mendaftar dengan mana-mana pejabat agama Islam negeri. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Fuziah Salleh memberitahu Dewan Rakyat hari ini bahawa sekolah tahfiz yang berdaftar dengan pejabat agama perlu mendapat kelulusan PBT terlebih dahulu untuk beroperasi. “Jabatan agama […]

Masalah geografi, waris antara punca tanah wakaf tidak dibangunkan

KUALA LUMPUR – Masalah geografi dan isu berkaitan pewaris antara punca tanah wakaf tidak boleh dibangunkan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, pihaknya mendapati, ada lokasi tanah wakaf yang terletak di kawasan lembah, gunung dan kuari sehingga tidak boleh dimajukan. “Ada pula pemilik tanah wakaf yang […]

Kertas kerja perkasa Kafa siap Mac depan

KUANTAN – Kertas kerja bagi memperkasa Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) di seluruh negara dijangka siap pada Mac depan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh. Katanya kertas kerja itu mengandungi antaranya cadangan bagi menjaga kebajikan guru Kafa selain menambah baik kemudahan sedia ada dan penyediaan prasarana lebih selesa. “Saya sudah melakukan […]

Mapim sokong tubuh Majlis Tahfiz Negara

KUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyokong pengumuman Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berhubung cadangan kerajaan menubuhkan Majlis Tahfiz Negara. Mapim berpendapat cadangan yang melibatkan kuasa Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) untuk mewujudkan peraturan pendaftaran maahad tahfiz swasta adalah wajar dan sangat tepat masanya. Menurut Presidennya, Mohd Azmi Abdul […]