Home » Langit Terbuka » Kertas kerja perkasa Kafa siap Mac depan

Kertas kerja perkasa Kafa siap Mac depan

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama_) berkata, kertas kerja itu mengandungi antaranya cadangan bagi menjaga kebajikan guru Kafa selain menambah baik kemudahan sedia ada dan penyediaan prasarana lebih selesa - Foto SelangorKini

KUANTAN – Kertas kerja bagi memperkasa Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) di seluruh negara dijangka siap pada Mac depan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh.

Katanya kertas kerja itu mengandungi antaranya cadangan bagi menjaga kebajikan guru Kafa selain menambah baik kemudahan sedia ada dan penyediaan prasarana lebih selesa.

“Saya sudah melakukan lawatan ke Kafa di Sabah dan Sarawak baru-baru ini dan saya lihat keadaan prasarana di sana sangat menyedihkan dan jauh ketinggalan berbanding Kafa di Semenanjung.

“Perkara ini telahpun saya bawa kepada pihak berkenaan di sana bagi tujuan penilaian semula keadaan prasarana demi keselesaan serta keselamatan pelajar dan guru,” katanya ketika merasmikan Majlis Berkhatan Perdana 2018 di Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kafa Jaya Gading hari ini.

Fuziah berkata agenda memperkasa Kafa menjadi keutamaan beliau selepas dilantik sebagai timbalan menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam. – FreeMalaysiaToday

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *