Kerajaan Arab Saudi lulus 31,600 kuota haji jemaah Malaysia

PUTRAJAYA – Malaysia menerima kuota haji untuk penghantaran seramai 31,600 jemaah daripada Kerajaan Arab Saudi, tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar, berkata kelulusan itu diberikan Menteri Haji dan Umrah, Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabia ketika beliau menghadiri mesyuarat bersempena Persidangan Perkhidmatan Haji dan Umrah 2023 yang […]

Awas harga pakej haji, umrah tak logik

Kuala Lumpur: Tawar pakej haji RM16,000 dan umrah RM3,000. Itu antara promosi gila-gila agensi pelancongan yang ligat mencari jemaah untuk ke tanah suci sejak beberapa tahun lalu. Harga berkenaan disifatkan tidak logik dengan kadar semasa dan ia sepatutnya menjadi pananda aras kepada bakal jemaah mengenai risiko kemungkinan tidak dapat menunaikan ibadat di sana. Mendedahkan perkara […]

Arab Saudi Pilih Sheikh Dr Mohammad Abdul Karim Al-Issa, Penyampai Khutbah Arafah

MEKAH – Kerajaan Arab Saudi bersetuju melantik Sheikh Dr Mohammad Abdul Karim Al-Issa, Setiausaha Agung Liga Dunia Islam (MWL), untuk memimpin doa dan menyampaikan khutbah di Masjid Namirah pada Hari Arafah, Jumaat 8 Julai ini. Jabatan Tertinggi bagi Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Arab Saudi menerusi portalnya memaklumkan bahawa Kerajaan Arab Saudi […]

Haji: Malaysia Negara Pertama Dapat Pilih Waktu Melontar, Tetapkan Waktu Malam

MAKKAH – Malaysia sekali lagi mencipta sejarah apabila menjadi negara pertama dijemput kerajaan Arab Saudi untuk memilih waktu melaksanakan ibadah melontar jamrah. Ketua Rombongan Haji Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata kelebihan yang diberikan membolehkan Malaysia memilih antara pukul 8 hingga 10 malam untuk ibadah itu dan ia memberi keselesaan berbanding cuaca pada waktu […]

MALAYSIA NEGARA PERTAMA TERIMA PERMIT OPERASI HOSPITAL MUSIM HAJI 2022

MAKKAH – Malaysia berjaya memperoleh pengiktirafan dan menjadi negara pertama yang mendapat permit untuk hospital beroperasi bagi musim haji 1443 Hijrah, kata Ketua Rombongan Haji Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman. Menurutnya berbanding negara lain, kecekapan Malaysia sentiasa diperakui Kementerian Kesihatan Arab Saudi dan mereka sedia maklum bahawa petugas Lembaga Tabung Haji (TH) akan […]

Jangan promosi produk depan Kaabah ketika ibadah haji

PUTRAJAYA – Jemaah haji Malaysia dinasihatkan agar tidak menjalankan sebarang aktiviti perniagaan atau mempromosikan produk ketika berada di hadapan Kaabah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata jemaah haji perlu memberi tumpuan kepada ibadah berkenaan ketika berada di Makkah dan bukan melakukan aktiviti lain yang tidak sepatutnya. Beliau berkata, tempat […]

Arab Saudi tutup permohonan jemaah haji domestik

RIYADH – Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menutup pendaftaran jemaah haji domestik bagi musim tahun ini. Malah, jelas kementerian, nama yang terpilih akan diumumkan selepas cabutan dibuat tidak lama lagi. Memetik laporan Arab News, Penolong Timbalan Menteri Haji dan Umrah, Hesham Saeed berkata, jumlah pemohon haji oleh penduduk yang tinggal di negara itu sudah […]

Bakal jemaah berdepan suhu panas 50 Celsius ketika musim haji

Jakarta – Menteri Agama Indonesia, Yaqut Kholil Qoumas menjangkakan musim panas di Arab Saudi ketika musim haji pada Julai ini boleh menyebabkan suhu mencecah 50 darjah Celsius. Katanya, suhu di negara itu ketika ini antara 40 hingga 44 Celsius dan beliau dimaklumkan, suhu tersebut belum tiba kemuncaknya. “Saya dimaklumkan, ketika musim haji berlangsung, suhu panas […]

Arab Saudi Benar Kemasukan Jemaah Haji Dari Semua Negara Tanpa Pengecualian Tahun Ini

Jeddah – Kerajaan Arab Saudi membenarkan kemasukan jemaah haji antarabangsa dari semua negara tanpa sebarang pengecualian tahun ini walaupun jumlah jemaah dihadkan kepada 1 juta orang bagi musim haji tahun ini 1443 Hijrah / 2022. Menurut Jurucakap Kementerian Haji dan Umrah Saudi (MoHU) Hisham Saed, langkah itu diambil bagi memberi peluang kepada jemaah haji dari […]

SOP, syarat umrah sedang dirangka

KUALA LUMPUR – Beberapa prosedur operasi standard (SOP) dan syarat tertentu sedang dirangka sebelum kerajaan membenarkan semula operasi ibadat umrah menjelang penghujung tahun ini. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary, berkata Lembaga Tabung Haji (TH) sebagai agensi penyelia operasi ibadat di Tanah Suci sudah dimaklumkan dengan perkembangan terkini […]