Tabung Haji tidak bertanggungjawab uruskan visa furada

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) tidak bertanggungjawab menguruskan visa furada kerana ia dikendalikan secara terus oleh agensi-agensi pelancongan dan umrah serta pihak individu bersama kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusuf berkata, Tabung Haji hanya mengendalikan 30,200 jemaah serta visa haji yang diperoleh […]

Ini bukan masa untuk mencari salah – Fuziah

MAKKAH – Ini bukan masa untuk menuding jari mencari salah dalam isu mengerjakan haji dengan visa Furada, sebaliknya jalan perlu dicari untuk memperoleh penyelesaian supaya masalah tidak berulang pada masa hadapan. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh, berkata beliau amat kesal perkara sedemikian terjadi kepada rakyat Malaysia yang ingin mengerjakan haji, namun menjelaskan […]

Hindar perbuatan khurafat sia-sia ketika ibadat masyair

MAKKAH – Perbuatan khurafat dilakukan jemaah haji di Tanah Suci terutama ketika ibadat Masyair adalah perbuatan sia-sia, sebaliknya mereka perlu mengamalkan doa kepada Allah, kata Pengarah Operasi (Bimbingan) Lembaga Tabung Haji (TH), Tengku Aziz Raja Abdullah. Memberikan contoh, beliau berkata perbuatan khurafat seperti menanam wang untuk dijadikan ibu duit di Arafah bagi menambah rezeki adalah […]

Ibadah haji bukti Islam tolak keganasan

MEKAH – Ibadah haji yang merupakan perhimpunan terbesar umat Islam dari seluruh dunia menjadi bukti kesepakatan mereka peringkat antarabangsa. Presiden dan Ketua Masjid Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Sheikh Abdul Rahman bin Abdul Aziz Al Sudais berkata, ibadah haji adalah perhimpunan aman dan bukan tempat untuk demonstrasi. “Ia juga membuktikan Islam menolak keganasan,” katanya dalam […]

TH jaga kebajikan rakyat Malaysia terkandas di Jeddah

MAKKAH – Sekumpulan 26 rakyat Malaysia terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz di Jeddah dekat sini sejak jam 7 malam tadi (5 Ogos), selepas kerajaan Arab Saudi tidak membenarkan kemasukan mereka untuk mengerjakan haji pada musim ini. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh, berkata kumpulan itu tiba menggunakan penerbangan komersial dari […]

Malaysia mohon tambah ruang khemah

MEKAH – Malaysia akan memohon kerajaan Arab Saudi mempertimbangkan penambahan ruang tempat tinggal jemaah di Masyair dan juga memaklumkan penambahan kuota lebih awal. Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Fuziah Salleh berkata, dua perkara tersebut merupakan antara penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi faedah jemaah Malaysia di masa depan. Beliau berkata, masalah ruang […]

Malaysia bangga pencapaian Tabung Haji

SEPANG – Malaysia bangga menerima pujian dan pengiktirafan daripada kerajaan Arab Saudi dan negara-negara Islam atas pencapaian Lembaga Tabung Haji (TH) yang menguruskan ibadah haji jemaah negara dengan baik, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Ketika berucap pada majlis selamat jalan kepada jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci bagi musim haji 1440/2019 di Kompleks […]

Kerajaan kaji kemungkinan benar warga emas tunaikan haji lebih awal

PETALING JAYA – Mereka yang mendaftar dengan Lembaga Tabung Haji pada bulan ini perlu menunggu 120 tahun untuk menunaikan haji, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh. Oleh itu, katanya, kerajaan sedia mengkaji kemungkinan membenarkan warga emas memotong giliran menunaikan haji lebih awal berbanding jadual asal pada masa depan. Beliau berkata, perkara itu […]

Raja Salman taja 20 jemaah Malaysia tunai haji

KUALA LUMPUR – Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud menaja 20 jemaah Malaysia untuk menunaikan haji di bawah program Tetamu Raja Arab Saudi 2019 (Istidhofah). Program tahunan kendalian Kementerian Hal Ehwal Agama, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi ditaja sepenuhnya melalui peruntukan peribadi Raja Salman yang membabitkan kos penginapan, tiket kapal terbang, makan minum […]

Petugas sumbang RM15,117 infak makanan

MEKAH – Sebanyak $14,000 Riyal Saudi (RM15,117) berjaya dikutip dari para petugas Tabung Haji tahun ini bagi digunakan untuk agihan makanan kepada jemaah haji miskin ketika Hari Wukuf. Ketua Rombongan Haji Datuk Seri Syed Saleh Syed Abd. Rahman berkata, jumlah kutipan itu akan digunakan untuk memberi makan malam selama dua malam kepada kira-kira 1,500 jemaah […]