Home » Langit Terbuka » TH jaga kebajikan rakyat Malaysia terkandas di Jeddah

TH jaga kebajikan rakyat Malaysia terkandas di Jeddah

Meskipun ke Tanah Suci bukan di bawah Tabung Haji, 26 rakyat Malaysia yang terkandas di Jeddah tetap dijaga kebajikannya oleh badan itu, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. - Foto Cempedak Cheese

MAKKAH – Sekumpulan 26 rakyat Malaysia terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz di Jeddah dekat sini sejak jam 7 malam tadi (5 Ogos), selepas kerajaan Arab Saudi tidak membenarkan kemasukan mereka untuk mengerjakan haji pada musim ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh, berkata kumpulan itu tiba menggunakan penerbangan komersial dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan kemasukan mereka tidak dibenarkan, dipercayai akibat masalah teknikal pada visa haji furada yang diperoleh.

“Petugas haji kita sedang menjaga kebajikan mereka, jaga makan minum pastikan mereka dalam keadaan selesa dan sebagainya. Apa boleh kita buat adalah menjaga kebajikan mereka.

“Saya ingin memaklumkan kepada keluarga mereka di Malaysia bahawa pihak (Lembaga) Tabung Haji menjaga kebajikan mereka walaupun mereka pergi bukan di bawah Tabung Haji.

“Mereka guna penerbangan komersial, jika mereka lalu Makkah Route imigresen sudah kesan awal visa mereka ada masalah,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, perjalanan kumpulan itu dipercayai diuruskan sebuah syarikat, bagaimanapun kerajaan Malaysia menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan terhadap perkara itu kepada pihak kerajaan Arab Saudi.

Katanya, kumpulan itu akan diterbangkan pulang ke Malaysia malam ini selepas semua proses diperlukan kerajaan Arab Saudi diselesaikan. – Bernama

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *