Arab Saudi rawat 649,690 jemaah haji

RIYADH- Kementerian Kesihatan mendedahkan hampir 650,000 jemaah haji tahun ini menerima perkhidmatan rawatan khusus yang disediakan hospital dan pusat perubatan di Makkah, Madinah dan beberapa lagi kota utama sepanjang musim haji. Kementerian itu berkata, jumlah jemaah yang menerima rawatan di hospital dan pusat kesihatan mencecah 649,690. Jumlah kakitangan Kementerian Kesihatan yang memberi perkhidmatan kepada jemaah […]

Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia selamat tiba di tanah air

SEPANG – Kumpulan pertama seramai 479 jemaah haji Malaysia yang turut disertai oleh Pengerusi Tabung Haji (TH) Tan Sri Md Nor Md Yusof selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 3.30 petang, hari ini (19 Ogos). Ketibaan 209 jemaah lelaki dan 259 jemaah wanita itu disambut Ketua Pegawai Strategi dan Ketua Kakitangan […]

Penerbangan pulang pertama jemaah haji Malaysia tiba Isnin ini

MAKKAH – Penerbangan pulang pertama jemaah haji Malaysia dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 2.50 petang waktu Malaysia pada Isnin ini (19 Ogos), kata ketua rombongan haji Malaysia Syed Saleh Syed Abd Rahman. Beliau berkata, penerbangan itu dijadual berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz di Jeddah dekat sini […]

Rancang bina bandar pintar Mina

MINA – Model baharu pembangunan Mina sebagai bandar pintar termasuk perumahan dan kem akan dibuat sebaik sahaja selesai musim haji tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Haji Pusat Arab Saudi, Putera Khalid Al-Faisal berkata, model pembangunan itu akan siap tahun depan. Pada sidang media bersama 13 wakil wartawan dari pelbagai negara Islam termasuk Malaysia semalam, beliau berkata, […]

TH nafi jemaah haji Malaysia meninggal dunia akibat terowong sesak

MAKKAH – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menafikan mesej yang tular di media sosial kononnya seorang jemaah haji Malaysia meninggal dunia setelah sesak nafas kerana terowong sesak akibat hujan lebat. Mesej yang tular itu juga mendakwa kononnya TH telah menahan perjalanan jemaah haji Malaysia untuk berpatah balik pada yang telah berlepas untuk melontar jamrah […]

Malaysia dipilih untuk kempen ‘Green Haj’ di Mina

MAKKAH – Maktab 80, sebuah daripada sembilan maktab yang menempatkan jemaah haji Malaysia, dipilih kerajaan Arab Saudi untuk kempen Green Haj di Mina di sini. Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abd Rahman berkata kempen itu bertujuan menjaga kebersihan alam sekitar di kawasan maktab jemaah haji dengan mengasingkan barang terbuang. “Green Haj […]

Sembilan jemaah meninggal di Tanah Suci

MEKAH – Seramai sembilan jemaah haji Malaysia meninggal dunia ketika mengerjakan ibadat haji musim ini dengan kematian terbaharu dilaporkan membabitkan seorang jemaah wanita semalam (11 Ogos). Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, Allahyarham Faridah Abdul Altif, 65, dari Pahang itu meninggal dunia akibat serangan jantung selepas melakukan ibadat melontar di jamrah. Jemaah […]

1000 pelajar taska Kelantan sertai Cilik Haji 2019

KUBANG KERIAN – Program Cilik Haji 2019 yang dianjurkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan mendapat sambutan luar biasa dengan penyertaan kira kira 1,000 peserta. Program yang diadakan dengan kerjasama Persatuan Pengusaha Taska dan Tadika Negeri Kelantan itu diadakan di Masjid Kubang Kerian di sini pada 8 Ogos bermula jam 8 pagi hingga 5 petang. […]

Umat Islam diseru bersatu padu

Allahhuakbar Allahhuakbar Allahhuakbar Walillahhilhamd Syukur ke hadrat Allah SWT diatas limpah rahmatnya yang tidak terhitung, kita dikurniakan kesempatan untuk meraikan satu lagi hari besar umat islam iaitu Hari Raya Eid’ul Adha 1440H. Menginsafi makna pengorbanan dalam menjalankan perintah Allah seperti kisah Nabi Ibrahim AS menyembelih putera kesayangannya Nabi Ismail AS. Namun di atas berkat kesabarannya […]

Fasiliti untuk wukuf di Arafah bertambah baik

MAKKAH – Fasiliti untuk jemaah haji Malaysia berwukuf di Arafah tahun ini seperti khemah dilihat bertambah baik berbanding tahun lepas, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh. Beliau berkata, hasil tinjauan dan maklumbalas hari ini tahap keselesaan jemaah haji Malaysia dilihat semakin baik, justeru beliau berterima kasih kepada semua pihak terlibat yang menyediakan […]