Home » Langit Terbuka » Kos menunaikan Haji tahun hadapan kekal

Kos menunaikan Haji tahun hadapan kekal

TH memutuskan bahawa kos untuk menunaikan haji kekal ditanggung sama seperti mana sebelumnya iaitu RM9, 980. - Foto Accorhotels

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa mengumumkan kos menunaikan haji tahun hadapan kekal.

Menurutnya, TH memutuskan bahawa kos untuk menunaikan haji kekal ditanggung sama seperti mana sebelumnya iaitu RM9, 980.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Parlimen hari ini.

Pada masa yang sama beliau memberi jaminan bahawa Tabung Haji (TH) akan memberi hibah kepada pendepositnya tahun ini.

Menurutnya, walaupun TH berhadapan dengan perlanggaran Akta Tabung Haji 1995 sejak 2014 namun dengan penstrukturan semula yang telah mulakan sejak Julai 2018, pembayaran hibah 2018 akan dapat dibuat.

“Saya yakin hibah 2018 akan dapat diberi dengan program pengukuhan yang telah dilakukan oleh pihak pengurusan baru TH.

“Namun berapa jumlah hibah dan sebagainya akan diumumkan hujung bulan nanti, sekarang ini, TH masih belum tutup akaun lagi,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Mujahid berkata, apa yang lebih penting dalam membayar hibah TH mesti penuhi dua akta iaitu aset tak boleh lebih rendah daripada liabiliti (tanggungan) dan TH sedang laksanakan itu.

“Dan yang kedua mesti ada untung dan kami yakin adalah sikit untung untuk dipulangkan (hibah) walaupun tidak banyak,” katanya. – Sinar Harian

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *