Home » Langit Terbuka » Tabung Haji umum hibah 1.25 peratus

Tabung Haji umum hibah 1.25 peratus

Tabung Haji telah mencatatkan lebihan aset sebanyak RM1 bilion bagi tempoh berkenaan hasil penstrukturan semula syarikat tersebut, jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Foto SemakanOnline.com

PUTRAJAYA – Lembaga Tabung Haji mengumumkan hibah sebanyak 1.25 peratus bagi tahun kewangan 2018 berakhir 31 Disember lalu yang melibatkan agihan sebanyak RM913 juta kepada semua pendepositnya.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof di sini hari ini.

Jelasnya, Tabung Haji telah mencatatkan lebihan aset sebanyak RM1 bilion bagi tempoh berkenaan hasil penstrukturan semula syarikat tersebut.

Ini membolehkan Tabung Haji membayar hibah mengikut aktanya.

“Sudah empat tahun Tabung Haji membayar hibah dengan melanggar aktanya,” katanya ketika mengumumkan prestasi kewangan dan hibah Tabung Haji di sini.- MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *