Ayam Golek Untuk Asnaf Setiu

SETIU – Bekerjasama menyantuni golongan yang memerlukan di bulan Ramadan sememangnya memberi  manfaat untuk rakyat. Pada 19 April, seramai 20 keluarga di daerah ini menerima manfaat hasil muafakat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu dan Yayasan Islam Terengganu (YIT) dalam program Musa’adah Juadah Ramadan. Mereka menerima sumbangan ayam golek untuk juadah berbuka puasa. Turun padang […]

Program kerjasama YADIM Pulau Pinang – Pusat Islam Perda Tech

NIBONG TEBAL – Bertempat di Pusat Islam Perda Tech di sini telah dianjurkan program YADIM Interaktif yang disampaikan oleh penceramah bebas dari Kuala Lumpur, Ustaz Syed Putra Haizam Syed Haizam pada 19 April. Pengisian Ihya Ramadan Sebulan YADIM (IRSYAD 360) dengan kerjasama Kolej Perda Tech ini berkonsep penggalian ilmu Ramadan serta bertujuan melahirkan belia yang […]

SAY Bachok santuni asnaf

BACHOK -Siri Ziarah Asnaf sempena Ihya Ramadhan Sebulan YADIM (IRSYAD 360) diteruskan pada 19 April oleh Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY). Kali ini mereka menziarahi asnaf  di Kampung Tanjong,  Kampung Aur,  Kampung Kandis dan Kampung Telong. Sebanyak sepuluh keluarga telah disantuni. Mereka terdiri daripada pesakit kronik dan miskin tegar. Bantuan berupa barangan keperluan harian […]

Bicara Dakwah dan  Majlis Pelancaran Ihya Ramadan Sebulan YADIM Terengganu

KUALA NERUS – Sekitar program Bicara Dakwah dan  Majlis Pelancaran Ihya Ramadan Sebulan YADIM (IRSYAD 360) YADIM Terengganu di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Dato’ Razali Ismail, Batu Rakit pada 19 April. Majlis Pelancaran disempurnakan oleh Exco Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu, Yang Berhormat Ustaz Mohd Nor Hamzah. Turut diadakan ialah Ceramah Bicara Dakwah […]

YADIM Peduli di Titi Tinggi

PADANG BESAR – Inisiatif YADIM Peduli di Perlis kali ini diadakan di sini pada 18 April oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis. Dengan kerjasama Masjid Al Azim,Rakan Siswa YADIM dan Sukarelawan YADIM, seramai 30 keluarga dari kalangan ibu tunggal, warga emas dan pesakit kronik di santuni menerusi pemberian barangan keperluan harian. YADIM Perlis diwakili […]

Semarak Ramadan di Permatang Tinggi

KEPALA BATAS – Bersempena bulan Ramadan ini, pihak Surau Permatang Tinggi C telah mengadakan Majlis Tadarus Al- Quran yang melibatkan jemaah wanita di sekitar kampung ini. Majlis ini diadakan bermula 15 April sehingga penghujung Ramadan. Ia dijayakan dengan kerjasama Surau Permatang Tinggi C dan Sukarelawan YADIM Pinang Tunggal.

YADIM Sarawak santuni Maahad Tahfiz Husnul Khatimah dan Maahad Rabbani Kampung Reban

SIMUNJAN – ‘Kick start’ untuk siri Program Ihya Ramadhan Sebulan YADIM (IRSYAD 360) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Sarawak dimulakan dengan menyantuni Maahad Tahfiz Husnul Khatimah, Kampung Semerah Padi dan Pondok Rabbani Kampung Serpan pada 13 April. YADIM Sarawak diwakili oleh pegawainya Zamri Bali dan Mohd Subri Rafae, telah melawat Maahad Tahfiz Khusnul Khotimah dan menyerahkan […]

10 keluarga sekitar Kota Bharu disantuni Sukarelawan YADIM

KOTA BHARU – Siri Ziarah Asnaf sempena Ihya Ramadhan Sebulan Yadim (IRSYAD 360) diteruskan pada 14 April oleh Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kota Bharu. Mereka telah menziarahi asnaf  di sekitar Bandar Kota Bharu, Kampung Tiong dan Kampung Mulong di sini. Sebanyak sepuluh keluarga telah disantuni. Mereka menerima bantuan berupa barangan keperluan harian yang […]

Irsyad 360 Menyambut Ramadan YADIM Negeri Sembilan

PAROI – Persiapan menyambut Ramadan digiatkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan menerusi program penyampaian sumbangan pada 9 April. Seramai 30 keluarga asnaf yang memerlukan menerima sumbangan dalam satu program di Surau AR Raudhah di sini. Program anjuran bersama dengan  Sukarelawan YADIM Negeri Sembilan ini turut diisi dengan ceramah Ambang Ramadan pada sebelah malam. […]

IRSYAD 360 YADIM Kelantan di Kampung Mentuan

KOTA BHARU – Program Ihya Ramadan Sebulan YADIM terus rancak dilaksanakan oleh badan dakwah ini. Terbaharu di Masjid Al-Ihsan Kampung Mentuan, di sini pada 8 April, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan telah mengadakan kuliah Maghrib bertajuk “Persediaan Menyambut Ramadhan”. Ia disampaikan oleh Ustaz Aziz Yahya. Turut hadir Pengerusi merangkap Iman Tua Masjid Al-Ihsan Ustaz […]