Industri pelancongan halal berpotensi tinggi

KUALA LUMPUR – Syarikat pembayaran dan teknologi global, Mastercard berpandangan bahawa perbelanjaan besar oleh pelancong Islam di seluruh dunia merupakan isyarat kepada potensi besar dalam industri pelancongan halal. Naib Presiden Pembangunan Pasaran Mastercard, K. Devesh berkata, kepentingan segmen berkenaan tidak boleh dipertikaikan. Menurut beliau, perkembangan pesat teknologi dalam talian dan kaedah pembayaran serta peningkatan pengguna […]

Sultan Mizan bimbang

KUALA TERENGGANU – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menzahirkan rasa bimbang dengan tindakan pihak tertentu yang berani menyentuh kesucian agama Islam di samping memperlekehkan institusi diraja. Baginda bertitah, pelbagai perkara yang berlaku di negara ini akhir-akhir ini seolah-olah menggambarkan wujudnya golongan yang mahu menggugat keharmonian, keamanan dan kestabilan yang telah terbina sekian lama di […]

Kempen Beli Produk Muslim dilancar 2 April

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan menganjurkan Kempen Beli Produk Muslim dalam usaha meningkatkan ekonomi dan pendapatan umat Islam selain menikmati jaminan produk halal. Program yang bermula dari pukul 10 pagi hingga 2 petang esok (2 April)  itu akan dilancarkan oleh Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Hashim Salleh di Menara Kuala Lumpur, di […]

Brunei tidak hirau kritikan global

BRUNEI – Brunei mempertahankan haknya melaksanakan undang-undang Syariah yang membenarkan hukuman rejam sampai mati untuk pesalah zina dan homoseksual walaupun mendapatkan kritikan global. Portal CNA melaporkan, negara bekas jajahan British yang majoriti penduduknya beragama Islam akan melaksanakan undang-undang Syariah tersebut pada 3 April depan, menghukum liwat, zina dan rogol dengan hukuman mati termasuk membaling dan […]

Wakil agama senada mahu keamanan, tolak kebencian

KUALA LUMPUR – Wakil agama yang hadir di Perhimpunan Solidariti Kedamaian di Dataran Merdeka, hari ini bersolidariti mahukan keamanan dengan menolak keganasan. Antara yang berucap menolak keganasan dan kebencian adalah Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri yang menegaskan ajaran Islam menekankan supaya setiap manusia terutama penganutnya berakhlak baik sesama makhluk. Beliau berkata, […]

Pemandu lori mengaku tak bersalah hina Islam, Melayu di Facebook

GEORGE TOWN – Seorang pemandu lori dari Puchong, Selangor, didakwa menyalahgunakan perkhidmatan internet dengan memuat naik mesej menghina orang Melayu dan Islam di Facebook, 2 bulan lalu. Karitikesoo Valu, 43, dari Bandar Kinrara, didakwa melakukan kesalahan itu pada 23 Januari lalu dengan menggunakan akaun Facebook bernama “Suresh Don Don”. Dia didakwa di bawah Seksyen 233 […]

Umat Islam jangan ambil tindakan terburu-buru

IPOH: Umat Islam di negara ini dinasihatkan tidak mengambil tindakan terbur-buru susulan insiden keganasan di dua masjid di Christchurch, New Zealand ketika umat Islam mahu menunaikan solat Jumaat tengah hari tadi. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata agama Islam tidak mengajar umatnya untuk bertindak secara melulu meskipun kejadian itu membabitkan umat Islam menjadi mangsa. […]

Danny A’antonio Jr hina Nabi sudah ditahan

KUALA LUMPUR – Pemilik akaun Facebook, Danny A’antonio Jr yang didakwa memuat naik komen jelik terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad telah ditahan semalam. Dia akan direman hari ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun. Suspek berusia 28 tahun ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan (atas alasan agama, […]

Henti label bukan Islam ‘kafir’, gesa pertubuhan Islam terbesar Indonesia

JAKARTA – Pertubuhan Islam terbesar di Indonesia, Nahdlatul Ulama menggesa penggunaan istilah “kafir” dihentikan, bagi merujuk bukan Islam dalam isu berkaitan kewarganegaraan atau negara. Langkah itu mungkin bertujuan meredakan ketegangan agama menjelang pilihan raya presiden di Indonesia. Nahdlatul Ulama yang mempunyai kira-kira 140 juta ahli, menerusi persidangan nasionalnya baru-baru ini berkata, orang bukan Islam tidak […]

Fuziah setuju istilah pengganas perlu tafsiran lebih jelas

KUANTAN – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh mengakui ada keperluan istilah pengganas didefinisikan secara lebih jelas bagi mengelakkan ia terus disalah tafsir khususnya oleh masyarakat Barat yang sering mengaitkannya dengan agama Islam. Katanya beliau percaya tafsiran yang jelas dapat membantu menangani pandangan serong masyarakat Barat terhadap agama dan masyarakat Islam khususnya. “Pengganas […]