Home » Langit Terbuka » Sultan Mizan bimbang

Sultan Mizan bimbang

Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah, pelbagai perkara yang berlaku di negara ini akhir-akhir ini seolah-olah menggambarkan wujudnya golongan yang mahu menggugat keharmonian, keamanan dan kestabilan yang telah terbina sekian lama di Malaysia. - Foto Bernama

KUALA TERENGGANU – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menzahirkan rasa bimbang dengan tindakan pihak tertentu yang berani menyentuh kesucian agama Islam di samping memperlekehkan institusi diraja.

Baginda bertitah, pelbagai perkara yang berlaku di negara ini akhir-akhir ini seolah-olah menggambarkan wujudnya golongan yang mahu menggugat keharmonian, keamanan dan kestabilan yang telah terbina sekian lama di Malaysia.

“Ada pihak yang berani me­lakukan perkara-perkara yang menyentuh kesucian agama Islam, memperlekehkan institusi diraja dan banyak lagi perkara yang berpotensi mengakibatkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

“Beta selaku ketua agama di negeri ini mahu pihak yang ber­kenaan mengambil langkah berjaga-jaga supaya perkara-perkara seperti itu tidak menular di ne­geri ini,” titah baginda dalam Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke-14 di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Yang turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah. – Utusan Malaysia

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *