Palestin desak Mesir, Jordan tak hadir persidangan di Bahrain

GAZA – Palestin mendesak Mesir dan Jordan mempertimbangkan semula kehadiran mereka pada persidangan diketuai Amerika Syarikat (AS) di Bahrain, dengan menyatakan ia akan melemahkan pembangkang terhadap rancangan Washington menangani konflik Israel-Palestin. “Pihak Berkuasa Palestin mendesak Mesir dan Jordan untuk tidak menghadiri persidangan di Bahrain,” kata jurucakap Kerajaan Palestin, Ibrahim Melhem. Beliau mengulangi penolakan Palestin terhadap […]

Mesir, Jordan, Maghribi sertai AS dalam sidang damai Timur Tengah

WASHINGTON – Mesir, Jordan dan Maghribi telah memaklumkan Amerika Syarikat (AS) bahawa mereka akan menghadiri satu persidangan damai Timur Tengah yang dirancang berlangsung pada akhir bulan ini, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan seorang pegawai Rumah Putih yang mengesahkan perkara itu pada Selasa. Pentadbiran Trump dijangka membentangkan bahagian ekonomi dalam pelan damai Palestin, semasa […]

Hamas kutuk duta AS sokong Zionis duduki Tebing Barat

GAZA – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) mengutuk kenyataan duta Amerika Syarikat (AS), David Friedman bahawa Israel berhak mengambil ruang tambahan di Tebing Barat yang diduduki secara haram. Jurucakap Hamas, Hazem Qasem berkata, kenyataan Friedman itu mengetengahkan pembabitan AS dalam tindakan penindasan rejim pengganas Israel dan menyasarkan isu Palestin. “Kenyataan duta AS seiring dengan visi […]

Turki kutuk Israel perluas rumah haram Yahudi di Baitulmaqdis

ANKARA – Turki mengutuk tindakan rejim pengganas Israel memperluaskan rumah haram Yahudi di Timur Baitulmaqdis yang diduduki, lapor Anadolu. Kementerian Luar Turki dalam satu kenyataan berkata, kegiatan Israel meneruskan aktiviti haram berkenaan ketika hampir Syawal menunjukkan sikap tidak berperikemanusiaan rejim itu. Kementerian itu berkata, Israel terus merampas hak rakyat Palestin dengan meluluskan pembinaan lebih 800 […]

Apa hak Zionis, AS terhadap al-Quds?

TEHERAN – Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif menegaskan Baitulmuqaddis atau turut dikenali sebagai al-Quds adalah milik penduduk dan negara Palestin sambil menekankan Amerika Syarikat (AS) mahupun Israel tiada hak membuat keputusan mengenai perkara tersebut. Portal berita Almanar me­laporkan, AS tidak boleh menye­rahkan Baitulmuqaddis kepada mana-mana pihak dan Israel juga tidak berhak untuk merampas bandar […]

Britain digesa iktiraf Palestin negara berdaulat

RAMALLAH – Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh menggesa Parlimen Britain mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara berdaulat. Beliau dalam satu kenyataan semalam berkata, langkah itu penting memandangkan cubaan rejim pengganas Israel untuk menguburkan bahagian Tebing Barat yang diduduki. Mohammad juga menggesa Britain menghantar pasukan teknikal untuk menyiasat potongan cukai melampau yang dikenakan Israel ke atas Palestin. […]

Pendakwaan secara formal terhadap Israel beberapa bulan lagi

PUTRAJAYA – Yayasan MyAQSA (MyAQSA) memaklumkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di The Hague, Belanda memerlukan beberapa bulan lagi sebelum dapat melakukan pendakwaan secara formal terhadap Israel. Ketua Pasukan Peguam Penyiasat yang juga Felo Undang-Undang MyAQSA, Azril Mohd Amin, berkata jaminan itu diberikan ICC kepada delegasi MyAQSA menerusi pertemuan pada 2 Mei lalu di The Hague, […]

Malaysia teruskan bantuan untuk rakyat Palestin

GEORGE TOWN – Malaysia akan meneruskan bantuan dan sumbangan untuk umat Islam di Palestin yang terjejas dalam serangan rejim Zionis Israel di Gaza sejak awal bulan ini. Timbalan Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya berkata awal tahun ini Kerajaan Malaysia telah menghantar bantuan peralatan perubatan bernilai RM1.5 juta ke hospital-hospital di Gaza. “Kita memang selalu bagi […]

Malaysia kutuk serangan rejim Zionis ke atas Palestin

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mengutuk tindakan rejim Zionis Israel yang melancarkan serangan bertubi-tubi dari udara dan darat di Gaza sejak Jumaat lepas. Beliau berkata, tindakan rejim itu dikutuk sekeras-kerasnyanya, terutama ketika umat Islam di Palestin dan seluruh dunia sedang mengadakan persiapan untuk menyambut Ramadan. “Kerajaan (Malaysia) […]

Malaysia tidak buka kedutaan di Israel

KUALA LUMPUR – Pendirian Malaysia dalam memperjuang nasib rakyat Palestin adalah konsisten dan pendirian Malaysia terhadap Israel masih tidak berubah iaitu tiada sebarang hubungan diplomatik antara kedua-dua negara, kata Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya. Beliau sekali gus menegaskan bahawa kerajaan tidak akan sama sekali mempertimbang untuk membuka kedutaan besar Malaysia di Israel selagi konflik […]