Home » Langit Terbuka » Turki kutuk Israel perluas rumah haram Yahudi di Baitulmaqdis

Turki kutuk Israel perluas rumah haram Yahudi di Baitulmaqdis

Israel terus merampas hak rakyat Palestin dengan meluluskan pembinaan lebih 800 unit rumah tambahan di Timur Baitulmaqdis. - Foto WSJ.com

ANKARA – Turki mengutuk tindakan rejim pengganas Israel memperluaskan rumah haram Yahudi di Timur Baitulmaqdis yang diduduki, lapor Anadolu.

Kementerian Luar Turki dalam satu kenyataan berkata, kegiatan Israel meneruskan aktiviti haram berkenaan ketika hampir Syawal menunjukkan sikap tidak berperikemanusiaan rejim itu.

Kementerian itu berkata, Israel terus merampas hak rakyat Palestin dengan meluluskan pembinaan lebih 800 unit rumah tambahan di Timur Baitulmaqdis.

Katanya, tindakan melampau rejim Israel itu jelas menunjukkan bahawa Tel Aviv mengabaikan hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa.

“Kini, dah tiba masanya untuk menamatkan keputusan Israel yang bertujuan mengikis status Baitulmaqdis dan memusnahkan visi penyelesaian dua negara itu.

“Di Palestin, kita tidak akan pernah menerima sejarah untuk ditulis semula, keadilan akan berubah demi kepentingan ekonomi dan maruah. Kita akan terus menyokong saudara-saudara Palestin,” kata kementerian itu.

Israel menjajah Tebing Barat, termasuk Timur Baitulmaqdis ketika Perang Arab-Israel 1967. Undang-undang antarabangsa melihat seluruh Tebing Barat sebagai wilayah yang diduduki dan menganggap bangunan yang dibina Israel di wilayah itu haram.

Kira-kira 650,000 peneroka Yahudi kini tinggal di lebih 100 kawasan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.- Anadolu.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *