Jakim laksana polisi 30 peratus tulisan Jawi dalam penerbitan

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melaksanakan polisi 30 peratus penggunaan tulisan Jawi dalam bahan promosi dan penerbitannya sebagai langkah memartabatkan semula tulisan itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata jabatan itu juga mempunyai pegawai yang dilantik sebagai Munsyi Jawi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk membantu […]

JAKIM TUBUH PUSAT PENYELIDIKAN HADIS, PUSAT MAKLUMAT PENYELIDIKAN ISLAM

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad melancarkan Pusat Maklumat Penyelidikan Islam di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), hari ini. Ia merupakan pusat sehenti secara maya bagi berkongsi hasil-hasil kajian JAKIM kepada masyarakat yang boleh dilayari menerusi laman sesawang https://ciri.islam.gov.my/ “Selain itu, untuk memperkasa kajian dan penyelidikan […]

JAKIM Diarah Segera Salur Bantuan Kepada Mangsa Banjir Baling

Kuala Lumpur – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diarah untuk segera menyelaras bantuan Musa’adah JAKIM bersama-sama pihak berkuasa negeri Kedah bagi membantu para penduduk Baling yang terkesan dan terjejas banjir. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad berkata beliau amat dukacita dan bersimpati dengan para penduduk yang terlibat dengan […]

Jakim sedia mohon tambah atase halal di luar negara

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersedia memohon pertambahan atase halal di luar negara bagi pemantauan rumah penyembelihan secara lebih berkesan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, perkara itu memang dalam pertimbangan jangka panjang dan akan diperinci dalam masa terdekat. “Insya-Allah, kita memang sudah ada perancangan itu,” katanya dalam sidang akhbar […]

JAKIM tambah 1,000 guru takmir

Kangar – Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menambah kuota guru takmir di seluruh negara seramai 1,000 orang menjadikan keseluruhan 5,000 pada tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad berkata penambahan kuota itu dilaksanakan dalam konteks pembangunan dakwah. “Pertambahan kuota ini melibatkan kenaikan jumlah peruntukan sebanyak […]

Jakim sasar e-Muallaf diguna pakai di seluruh negara hujung tahun ini

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyasarkan e-Muallaf, sistem pangkalan data mengenai saudara baru, akan diguna pakai di seluruh negara hujung tahun ini. Ketua Pengarah Jakim Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata setakat ini terdapat seramai 58,670 mualaf yang telah berdaftar dalam sistem itu, dan hanya Perlis, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu serta Kuala […]

Pertemuan Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama bersama influencer media baharu

PUTRAJAYA – Majlis Pertemuan Timbalan Menteri Agama bersama Influencer Media Baharu anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berlangsung pada 23 Februari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Acara ringkas ini antaranya bertujuan menjalin kerjasama dan mendekati influencer yang telah menempa nama terutama dalam platform media sosial yang mana didominasi oleh golongan anak muda. Antara yang dibangkitkan […]

Ritual tolak banjir bercanggah ajaran Islam

JELI – Ritual menolak banjir yang dilakukan Ibrahim Mat Zin atau gelarannya Raja Bomoh bersama seorang wanita di Teluk Intan baru-baru ini jelas terdapat unsur bercanggah dengan ajaran Islam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary.  Beliau berkata sehubungan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berharap Jabatan Agama […]

Majlis Penutup Kursus Imam Muda  Orang Asli

SEMUNGKIS – Selepas empat hari berkampung di sini, seramai 39 peserta daripada kalangan Orang Asli berjaya menamatkan kursus Imam Muda Orang Asli pada 24 November. Program ini mempunyai matlamat untuk melatih bakal-bakal imam muda dikalangan Orang Asli agar mampu menjadi imam solat berjemaah dan juga memimpin tahlil, solat jamak, pengurusan jenazah, membaca khutbah dan asas-asas […]

Wujudkan pusat cerapan falak Jakim

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mungkin mempunyai sebuah balai cerapan khas tersendiri bagi tujuan pengurusan ibadah berasaskan ilmu falak. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, balai cerap itu bukan sahaja untuk penentuan anak bulan, gerhana dan lain-lain, bahkan dikongsi penyelidik sains angkasa. “Kerajaan lihat ada keperluan dibina pusat […]