Pelan Induk Wakaf Nasional bentuk hala tuju pengurusan wakaf lebih sistematik

KUALA LUMPUR – Pelan Induk Wakaf Nasional (PIWN) yang akan diwujudkan kerajaan akan dapat membantu Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), menetapkan arah dan hala tuju pengurusan wakaf lebih sistematik, kata Ketua Pengarahnya Ruslan Said. Beliau berkata PIWN akan bertindak sebagai rangka kerja untuk menggerakkan dan membimbing semua pihak berkepentingan, termasuk agensi kerajaan, swasta dan […]

Akta Wakaf perlu jawatankuasa peneliti sebelum dibentangkan

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, satu jawatankuasa akan ditubuhkan bagi merangka dan meneliti draf Akta Wakaf yang dalam perancangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Menurut Ahli Parlimen Parti Buntar itu, jawatankuasa berkenaan akan dibarisi pakar-pakar perunding komputer dan pakar kewangan Islam kerana ia membabitkan regulatori melibatkan […]

Akta Wakaf siap enam bulan

PARIT BUNTAR – Inisiatif mewujudkan Akta Wakaf bagi mengawal selia aktiviti wakaf di peringkat Pusat bakal disiapkan dalam tempoh enam bulan dari sekarang. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, Akta Wakaf dirangka Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu kini dalam proses kajian dan drafn membabitkan regulatori yang cukup kuat perlu […]

KASIH, hospital swasta pertama ejen zakat bertauliah

KUALA LUMPUR – Sebuah hospital berkonsepkan zakat, infak dan endowmen, Kasih Holding Sdn Bhd (KASIH) dipilih Pusat Pungutan Zakat (PPZ) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAWP) sebagai ejen bertauliah menerima zakat bagi tujuan perubatan. Menurut Pengarah Eksekutif KASIH, Dr. Mohd Zaqrul Razmal Mohd Podzi, pelantikan itu melakar sejarah negara apabila julung kali kerajaan memberi […]

RUU wakaf akan dibentang di Parlimen akhir tahun ini

KUALA LUMPUR – Rang undang-undang untuk mewujudkan akta wakaf dijangka dibentangkan di Parlimen pada akhir tahun ini bagi bertujuan menguruskan dana sumbangan itu secara lebih baik. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata draf rang undang-undang itu telah siap dan kini sedang diteliti oleh pelbagai kementerian termasuk Kementerian Kewangan (MoF). “Kita perlu berbincang […]

Ruslan Said dilantik Ketua Pengarah JAWHAR

PUTRAJAYA – Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Ruslan Said dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR) berkuatkuasa hari ini. Ketua Pengarah JAKIM Datuk Mohamad Nordin Ibrahim dalam kenyataan hari ini berkata sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam, Ruslan juga pernah berkhidmat di beberapa Bahagian di JAKIM, Jabatan […]