Henti provokasi libat tulisan jawi – ABIM

SHAH ALAM – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa sebarang provokasi mengenai pelaksanaan pembelajaran pengenalan tulisan jawi di semua sekolah jenis kebangsaan iaitu SJKC (Cina) dan SJKT (Tamil) dihentikan serta-merta. Penolong Setiausaha Agung, Zairudin Hashim berkata, insiden ini tidak boleh diterima memandangkan Kementerian Pendidikan (KPM) dengan keputusan mesyuarat jemaah menteri telah membuka pilihan kepada sekolah-sekolah […]

22 YDP SJKT Tamil Kuala Muda, Yan sokong pelaksanaan tulisan khat, Jawi

SUNGAI PETANI – Ketika orang lain membantah pelaksanaan pembelajaran seni khat dan tulisan Jawi, lain pula terjadi di sini. Seramai 22 orang Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) daerah Kuala Muda dan Yan di sini, menyambut baik usaha memperkenalkan warisan negara itu di peringkat sekolah. Malah Pengerusi […]

Poster perlawanan Piala Malaysia guna tulisan Jawi dipuji

IPOH – Poster perlawanan Piala Malaysia di antara Perak dan Pulau Pinang menggunakan tulisan Jawi dalam laman Facebook sebuah kelab penyokong Perak, Perak the Yob mendapat pujian netizen. Poster berkenaan mula dimuat naik dalam laman Facebook Perak the Yob hari ini (16 Ogos). Poster berkenaan menggunakan tulisan Jawi sepenuhnya mengenai perlawanan Piala Malaysia di antara […]

Tulisan Jawi : YADIM Jawap Dong Zong

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menafikan bahawa kenyataan medianya mengenai usaha kerajaan memperkenalkan tulisan Jawi yang dikeluarkan pada 6 Ogos, merujuk kepada usaha Islamisasi, sebagaimana didakwa oleh Persekutuan Persatuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong). Sebaliknya, kenyataan yang dipetik itu, iaitu, ‘meningkatkan kefahaman generasi muda terhadap Jawi dan Bahasa Arab serrta […]

Tulisan Jawi: YADIM sokong Kementerian Pendidikan

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyokong penuh usaha kerajaan memperkenalkan seni Khat dan tulisan Jawi bagi mata pelajaran bahasa Melayu Tahun Empat mulai tahun hadapan. Langkah itu disifatkan mampu memartabatkan tulisan Jawi dan seni Khat yang digunapakai oleh generasi dahulu, termasuk dalam urusan urusan rasmi kerajaan. Pihak yang merasa resah terhadap langkah Kementerian […]

Perkasakan tulisan Jawi

JANDA BAIK – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, setiap agensi di bawah beliau perlu memperkasakan tulisan jawi. “Tulisan jawi ini merupakan warisan Melayu dan perlu dipertahankan oleh setiap daripada kita,” kata beliau dalam sesi rumusan Retreat Semakan Setengah Tahun 2019 Pelan Intervensi Kluster Agensi Agama Persekutuan 2019 […]

Khat, tulisan jawi adalah seni, bukan agama

PUTRAJAYA – Khat dan tulisan Jawi adalah seni yang tidak mempunyai kaitan dengan aspek keagamaan, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Timbalan Perdana Menteri bagaimanapun mengambil maklum keresahan sesetengah pihak terutama masyarakat Tionghua berhubung keputusan kerajaan memperkenalkan seni khat dan tulisan Jawi bagi mata pelajaran bahasa Melayu Tahun Empat menjelang tahun depan. “Memang […]

Jangan mainkan isu tulisan jawi dan seni khat

SABAK BERNAM – Kerajaan lebih mengetahui apa yang dilaksanakan berhubung isu penggunaan tulisan jawi dan seni khat ke dalam buku teks di semua sekolah. Justeru, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, menasihatkan semua pihak supaya tidak mempolitikkan isu berkenaan. “Sepatutnya, isu itu (tulisan jawi dan seni khat) perlu dilihat secara positif […]

Tun M akan teruskan pelaksanaan tulisan khat

MELAKA – Kerajaan akan terus melaksanakan pengenalan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 mulai tahun hadapan walaupun mendapat tentangan. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan percaya kepada dasar kemakmuran bersama malah tidak pernah membantah penggunaan tulisan dalam Bahasa Cina yang dianggap sebagai sesuatu yang istimewa. Malah menurut beliau, tulisan dalam […]

Belajar khat Jawi tak gugat agama – Lim Swee Tin

KUALA LUMPUR – Mempelajari seni khat atau tulisan jawi sama sekali tidak akan menggugat pegangan agama, itu penegasan sasterawan Prof Madya Dr Lim Swee Tin. Lim yang juga pejuang bahasa berpandangan seni khat atau tulisan jawi bukanlah suatu bahasa malah tidak ada kena mengena dengan agama atau ajaran al-Quran. “Saya lahir di Bachok, Kelantan pada […]