Home » Citra Yadim » Perkasakan tulisan Jawi

Perkasakan tulisan Jawi

Mujahid ketika sesi rumusan Retreat Semakan Setengah Tahun 2019 Pelan Intervensi Kluster Agensi Agama Persekutuan 2019 – 2025. - Foto FB

JANDA BAIK – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, setiap agensi di bawah beliau perlu memperkasakan tulisan jawi.

“Tulisan jawi ini merupakan warisan Melayu dan perlu dipertahankan oleh setiap daripada kita,” kata beliau dalam sesi rumusan Retreat Semakan Setengah Tahun 2019 Pelan Intervensi Kluster Agensi Agama Persekutuan 2019 – 2025 di sini hari ini (9 Ogos).

Justeru itu, beliau menyarankan pemakaian tag nama bertulisan jawi agar tulisan ini terus subur dalam kalangan pegawai dan kakitangan agensi.

Sementara itu, secara keseluruhan beliau berpuas hati dengan semua pelan intervensi yang telah dibentangkan.

Walau bagaimanapun tambah Mujahid, proses penambahbaikan boleh terus dilaksanakan mengikut kluster agar setiap gerak kerja dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

“Kita mahu semua agensi bergerak secara holistik dalam merealisasikan matlamat negara rahmah,”  ujarnya.

Retreat ini merupakan anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan melibatkan semua agensi di bawah Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama).

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *