Home » Citra Yadim » Is’adul Al Usrah Guru KAFA Jengka 11

Is’adul Al Usrah Guru KAFA Jengka 11

JENGKA – Is’ad Al Usrah adalah satu inisiatif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM bagi membantu golongan yang memerlukan membaik pulih rumah.

Terbaharu untuk negeri Pahang, ia dilaksanakan di Jengka 11 di sini, menyantuni seorang guru KAFA, Siti Khamsiah Ma’had.

Sebanyak RM11,500 diperuntukkan bagi membina 3 bilik tambahan, kerja pemasangan atap serta baik pulih tandas dan ruang tamu.

Sebelum kerja bermula, pada 20 Mac, pegawai dan kakitangan Bahagian Khidmat Bakti YADIM diketuai Muhammad Muzzammil Musbah melakukan gotong royong membersihkan dan mengalihkan barang – barang di mana kerja – kerja pembaikan akan dilaksanakan.

Hadir menyempurnakan program adalah Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Hazmi bin Dibok, Pengurus Felda Jengka 11, Faizuri Zakarial dan Ustaz Mohd Azri Salehuddin dari Pejabat Agama Daerah Jengka selaku Koordinator Sukarelawan YADIM Krau.

Terima kasih pada semua yang terlibat. Bak kata Yang Dipertua YADIM, Al Fadhil Ustaz Nasrudin Hassan ‘Sedikit tanda ingat, banyak tanda ada.’

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *