Home » Citra Yadim » Mengagihkan Sumbangan Pek Musaadah Covid19 Kepada Warga Felda Jengka.

Mengagihkan Sumbangan Pek Musaadah Covid19 Kepada Warga Felda Jengka.

JENGKA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang bersama badan bukan kerajaan Sheika Lubna dan Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Krau pada 4 Mei telah mengagihkan sumbangan pek Musaadah Covid-19 kepada warga Felda Jengka di sini.

25 pek sumbangan makanan harian YADIM berupa beras, bihun, tepung, biskut, gula, kordial dan sos diagihkan kepada warga yang memerlukan.

Selesai pengagihan sumbangan, diadakan satu pertemuan ringkas bersama ahli SAY Kuala Krau di Surau Riyadhus Solihin Taman Permatang Shah Bandar 2, Bandar Jengka. Pengerusi dan Imam 1 surau tersebut ialah Ustaz Muhammad Azri Samsudin, Pegawai Penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Jengka yang juga merupakan Koordinator Pasukan SAY Parlimen Kuala Krau.

Pertemuan ini diisi dengan ucapan dan dialog bersama Pengarah YADIM Pahang Ustaz Mohamad Hazmi Dibok, penyampaian sijil keanggotaan sukarelawan YADIM dan ditutup dengan edaran jamuan berbuka puasa berbungkus mengikut SOP yang ditetapkan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *