Malaysia kekal pendirian tak iktiraf gender ketiga

KUALA LUMPUR – Malaysia kekal dengan prinsip untuk tidak mengiktiraf gender ketiga, sama seperti golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Haji Idris Haji Ahmad berkata, tindakan itu selari dengan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang mengamalkan prinsip keagamaan dan nilai-nilai budaya tempatan. […]

Jakim pantau perbuatan hina Islam, nabi

LABUAN – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan terus memantau sebarang kiriman dalam talian yang didapati menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata, terdapat beberapa kes berkaitan kiriman dalam pelbagai platform media sosial yang dihadapkan ke muka pengadilan dan ia menunjukkan keseriusan Jakim […]

Muhyiddin arah IGP jangan kompromi lagi tangani isu kaum, agama

MUAR – Tiada kompromi terhadap mana-mana pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja menimbulkan atau menyebar isu perkauman dan keagamaan melalui media sosial, kata Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin yang juga ahli Parlimen Pagoh berkata perbuatan seumpama itu bukan sahaja akan memecahbelahkan perpaduan kaum, malah boleh memberi ancaman besar terhadap keselamatan negara. “Saya mahu bagi amaran, […]

Sultan Mizan bimbang

KUALA TERENGGANU – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menzahirkan rasa bimbang dengan tindakan pihak tertentu yang berani menyentuh kesucian agama Islam di samping memperlekehkan institusi diraja. Baginda bertitah, pelbagai perkara yang berlaku di negara ini akhir-akhir ini seolah-olah menggambarkan wujudnya golongan yang mahu menggugat keharmonian, keamanan dan kestabilan yang telah terbina sekian lama di […]

Pelihara kepelbagaian kaum, jangan keruhkan keharmonian

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia diingatkan agar tidak memandang ringan soal menjaga hubungan antara masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya di negara ini kerana ia bukan sesuatu yang mudah untuk dikekalkan. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata walaupun kini rakyat Malaysia bertuah kerana masih dapat meraikan pelbagai perayaan termasuk Tahun Baru Cina dengan penuh […]