Home » Langit Terbuka » Malaysia kekal pendirian tak iktiraf gender ketiga

Malaysia kekal pendirian tak iktiraf gender ketiga

Sepertimana Malaysia menolak LGBT begitulah juga Malaysia tidak akan mengiktiraf gender ketiga kerana ia bertentangan dengan fitrah dan syariat Islam, tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). - Foto Karangkraft

KUALA LUMPUR – Malaysia kekal dengan prinsip untuk tidak mengiktiraf gender ketiga, sama seperti golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Haji Idris Haji Ahmad berkata, tindakan itu selari dengan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang mengamalkan prinsip keagamaan dan nilai-nilai budaya tempatan.

Justeru katanya, pelakuan yang bertentangan dengan agama, adat dan budaya seperti LGBT dan gender ketiga tidak akan diiktiraf sama sekali.

“Pendirian ini selari dengan ‘Cairo Declaration on Human Rights in Islam’ yang dipersetujui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) juga menyatakan, segala perkara yang bercanggah dengan syariah Islam tidak boleh diamalkan di sesebuah negara Islam.

“Jadi kempen (iktiraf gender ketiga) sedemikian adalah tidak sesuai dalam konteks Malaysia.

“Sepertimana Malaysia menolak LGBT begitulah juga Malaysia tidak akan mengiktiraf gender ketiga kerana ia bertentangan dengan fitrah dan syariat Islam,” katanya ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK 12) di Dewan Rakyat pada 7 Oktober.

Mengulas lanjut, Idris berkata, kewujudan gender ketiga ini tidak hanya melibatkan isu ketidakharmonian dalam kalangan masyarakat tetapi akan memberi impak yang sangat besar terhadap sistem perundangan sedia ada khususnya perundangan syariah.

 

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *