Teruskan usaha jayakan pembentukan Malaysia Baharu

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meneruskan usaha menjayakan pembentukan Malaysia Baharu pada 2020, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail. Dengan mengakui 2019 adalah tahun penuh cabaran bagi kerajaan Pakatan Harapan melalui fasa pentadbiran, Timbalan Perdana Menteri mahu semua pihak meneruskan pelbagai usaha positif bagi menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. “Untuk tahun 2020, […]

Penjelasan Mengenai Rakan Siswa YADIM

YADIM ingin merujuk kepada kenyataan pelbagai pihak dan individu mengenai Rakan Siswa YADIM (RSY) di beberapa platform media baru baru ini. Berhubung dakwaan bahawa RSY digunakan untuk meluaskan pengaruh pihak tertentu menerusi YADIM, ingin ditegaskan ia sudah bergiat aktif sejak 2013 (dikenali sebagai Sahabat YADIM sebelum dijenamakan kepada RSY dengan penambah baikan dari sudut hala […]

Sambut strategi kerajaan untuk atasi kemiskinan

PUTRAJAYA — Strategi yang digariskan kerajaan dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 serta usaha untuk menambah pendapatan akan membantu golongan miskin keluar daripada kepompong kemiskinan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata kerajaan melalui Wawasan Kemakmuran Bersama menggariskan strategi bagi mengurangkan jarak kemiskinan antara yang kaya dan miskin serta antara kaum. Melalui usaha serta […]

Jadikan waqaf satu ‘jenama dalam keluarga’

KUALA LUMPUR – Demi menggalakkan sumbangan masyarakat, kerajaan akan menjadikan istilah ‘Waqaf’ satu ‘Jenama dalam Keluarga’ hingga terterap dalam minda setiap institusi keluarga. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Fuziah Saleh berkata inisiatif hendaklah diterapkan ke dalam jiwa anak-anak yang masih muda hingga masyarakat akhirnya akan terbiasa dengan platform amal, dengan itu […]

Kerajaan, NGO bekerjasama tambah baik bentuk bantuan kemanusiaan ke Gaza

SEPANG – Kerajaan mengalu-alukan sebarang bentuk cadangan penambahbaikan bentuk bantuan yang boleh disalurkan negara ini kepada mangsa kekejaman rejim Zionis di Gaza, Palestin. Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata melalui pendekatan itu, sumbangan pelbagai pihak dapat dioptimumkan, sekali gus dapat memberi bantuan secara menyeluruh kepada umat Islam di sana. Beliau menjelaskan pihaknya sudah mula mengadakan […]

Jangan salah guna kebebasan media untuk mainkan isu agama, kaum

GEORGE TOWN – Semua pihak tidak seharusnya menyalahgunakan dasar kebebasan media yang diamalkan Pakatan Harapan untuk memainkan isu kaum atau agama yang boleh menimbulkan rasa kebencian, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa. Katanya pihak pembangkang khususnya harus menggunakan kebebasan media yang diberikan ini untuk mewujudkan persaingan yang sihat yang […]

Satukan industri halal, pembiayaan perdagangan Islam

KUALA LUMPUR – Industri halal dan pembiayaan perdagangan Islam perlu disatukan untuk meningkatkan aktiviti perdagangan Islam global. Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Maybank Islamik, Datuk Dr. Afifi Al-Akiti berkata, kerajaan perlu memain peranan mereka dan mengkaji perkara tersebut dengan mendalam termasuk terlibat sama dengan pihak berkepentingan yang berkaitan. Kata beliau, terdapat keperluan mendesak untuk mencapai dasar […]

Rahmatan Lil Alamin dasar baharu pentadbiran Malaysia

Mesyuarat Majlis Hal Ehwal Agama Islam Kebangsaan (MKI) telah mempersetujui konsep Rahmatan lil Alamin sebagai dasar baharu dalam pentadbiran Islam di negara ini. Perkara ini dijelaskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf yang berkata, pada masa ini, langkah seterusnya ia perlu dimaklumkan kepada Majlis Raja-Raja Melayu dan kabinet. “Dalam mesyuarat hal […]

TH tidak alami kerugian SPV ambil alih aset

KUALA LUMPUR – Tiada kerugian dialami oleh Tabung Haji (TH) dalam melaksanakan Special Purpose Vehicle (SPV) malah ia adalah kaedah paling berkesan untuk menyelamatkan TH. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf dalam jawaban lisan di Parlimen semalam (14 Mac), menjelaskan aset-aset yang telah dipindahkan terdiri daripada 29 harta tanah, 1 syarikat […]

Kod pemakaian muslim, perkasa undang-undang anti diskriminasi

KUALA LUMPUR – Kod pemakaian muslim yang dicadangkan oleh Kementerian Sumber Manusia bukanlah satu bentuk diskriminasi sebaliknya dilihat dapat memperkasa undang-undang anti diskriminasi di negara kerana menyediakan garis panduan berguna buat majikan dan pekerja dalam industri swasta. Exco Perikatan Wanita Antarabangsa untuk Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (Wafiq), Nur Farihah Meor Mazli berkata, kod pemakaian […]