Home » Langit Terbuka » TH tidak alami kerugian SPV ambil alih aset

TH tidak alami kerugian SPV ambil alih aset

Menteri di Jabatan Perdana Menteri memberitahu, aset-aset Tabung Haji yang telah dipindahkan kepada SPV bernilai RM19.9 bilion, iaitu lebih tinggi berbanding nilai semasa atau nilai buku yang hanya RM10 bilion. - Foto MStar

KUALA LUMPUR – Tiada kerugian dialami oleh Tabung Haji (TH) dalam melaksanakan Special Purpose Vehicle (SPV) malah ia adalah kaedah paling berkesan untuk menyelamatkan TH.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf dalam jawaban lisan di Parlimen semalam (14 Mac), menjelaskan aset-aset yang telah dipindahkan terdiri daripada 29 harta tanah, 1 syarikat tidak tersenarai dan 106 sekuriti ekuiti domestik.

Semua aset-aset tersebut telah dipindahkan kepada SPV milik penuhKerajaan pada nilai perpindahan RM19.9 bilion.

Katanya, objektif penubuhan SPV milik penuh Kerajaan yang dikenali sebagai Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB), adalah untuk membantu mengambilalih aset-aset TH yang mengalami kejatuhan nilai bagi menutup jurang diantara aset dan tanggungan (lialbiliti) yang dialami TH.

Ini perlu dicapai bagi membolehkan TH membuat agihan hibah yang selaras dengan Akta Tabung Haji 1995 kerana menurut Akta berkenaan, hibah tidak boleh dibayar jika tanggungan (hutang atau liabiliti) TH melebihi asset TH yang ada.

Beliau menjawab soalan (Pas- Kuala Terengganu) Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim yang meminta Perdana Menteri menyatakan setiap nilai aset (ekuiti dan Hartanah) yang telah dipindahkan oleh Lembaga Tabung Haji kepada Syarikat Urusharta Jamaah Sdn Bhd yang berakhir pada 31 Disember 2018.

Menurut Mujahid, secara keseluruhannya aset-aset yang telah dipindahkan terdiri daripada 29 harta tanah, 1 syarikat tidak tersenarai dan 106 sekuriti ekuiti domestik. Semua aset-aset tersebut telah dipindahkan kepada SPV berkenaan pada harga RM19.9 bilion.

Harga RM19.9 bilion itu adalah lebih tinggi berbanding nilai semasa atau nilai buku yang hanya RM10 bilion. Dengan itu TH mendapat sekitar RM9.9 bilion yang akan membantu Lembaga Tabung Haji (TH) menutup jurang defisit di antara aset dan liabiliti serta mengimbangi rosot nilai bagi tahun 2018.

Mujahid kemudiannya telah mengambil beberapa contoh asset yang terlibat. Antaranya tanah di Tun Razak Exchange yang telah dipindahkan pada nilai RM400 juta sedangkan nilaian semasa ialah RM196 juta.

Manakala bagi saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV), saham ini telah dipindahkan kepada SPV pada nilai RM4.62 sesaham, iaitu harga asal semasa TH membelinya dahulu. Ini adalah jauh lebih tinggi berbanding harga pasaran semasa saham itu pada hujung 2018 iaitu 72 sen sesaham.

Berdasarkan pegangan sebanyak 283.7 juta saham, TH sepatutnya mengalami kerugian menjangkau RM1.1 bilion pada hujung 2018 ,iatu kerugian sebanyak 84% daripada jumlah keseluruhan pelaburan asal RM1.3 bilion, tetapi ia tidak berlaku kerana SPV telah mengambil alih semua saham tersebut pada harga asal TH membeli saham berkenaan dahulu.

Mujahid juga memberitahu Parlimen, bagi saham seperti Malakoff Corporation Berhad (Malakoff), walaupun syarikat ini untung, kos asal pelaburan TH adalah tinggi iaitu pada RM1.80 sesaham. Berdasarkan harga semasa pada hujung 2018 saham ini telah turun ke harga 80sen. Jadi dengan jumlah pegangan 500 juta saham, jumlah kerugian setengah billion ringgit, atau kerugian 55% daripada jumlah pelaburan asal terpaksa ditanggung oleh TH .

Mengenai dividen yang diberikan Malakoff sekitar RM30 juta setahun, peratusan sebenar dividen yang dinikmati TH hanyalah sekitar 3.3%, bukan 7.5%, kerana kos asal keseluruhan pelaburan TH adalah berjumlah RM900 juta (peratusan dividen yang tinggi pada 7.5%

Sebagai gambaran mudah, TH perlu menunggu selama 17 tahun untuk menutup semula kerugian setengah billion yang dialami jika ingin bergantung kepada dividen RM30 juta setahun. Jadi lebih baik saham ini dijual dan hasilnya digunakan kearah yang lebih baik.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *