YADIM mahu tingkat kerjasama dengan Terengganu

KUALA TERENGGANU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) berhasrat meningkatkan lagi kerjasama yang telah lama terjalin antara badan dakwah ini dengan kerajaan negeri Terengganu. Bagi mencapai tujuan tersebut, YADIM sedia menghulur tangan bagi mengadakan hubungan strategik dengan kerajaan negeri ini, khususnya dalam usaha melestarikan gerakan dakwah. Ia antara hasrat yang disampaikan oleh Yang Dipertua YADIM, […]

Kunjung hormat Bahagian KEMUDA ke IKBN Peretak

KUALA KUBU BHARU – Kerjasama pelaksanaan program Bicara Tokoh, Penubuhan Exco Rakan Belia YADIM (RBY) serta kursus imam dan belia merupakan hasil kunjung hormat Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak di sini. Kunjung hormat pada 18 Ogos tersebut merupakan antara gerak kerja KEMUDA membina jalinan […]

Rabiulawal akan diangkat sebagai bulan dakwah

KUALA LUMPUR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan TV Alhijrah akan menjalinkan kerjasama untuk memperhebat program-program dakwah dengan melancarkan ‘Bulan Dakwah’ sepanjang Rabiulawal akan datang. Yang Dipertua YADIM, Nasruddin Hassan berkata jalinan kerjasama antara YADIM dengan TV Alhijrah diharap akan dapat memberi manfaat yang besar kepada umat Islam di negara ini. “Kita (YADIM dan […]

Teroka peluang kerjasama dakwah dengan TV Al Hijrah

PUTRAJAYA – “Dakwah sememangnya tidak boleh terlepas daripada platform penyampaian dan penyiaran. “Kalau kita mempunyai medium penyiaran seperti TV Hijrah yang boleh dicapai lebih ramai masyarakat, maka ia lebih berkesan dan bermanfaat,” kata Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berbahagia Ustaz Nasrudin Hassan. Beliau berkata  demikian ketika ditemui selepas kunjung hormat TV Al […]

YADIM Sabah terima sumbangan van daripada Bank Islam

KOTA KINABALU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah pada 20 Jun telah menerima sumbangan sebuah van daripada Bank Islam. Majlis penyerahan van Toyota Hiace 2.5 tersebut disaksikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Ahmad Marzuk Shaary di sini. Beliau kini dalam rangka lawatan kerja ke Sabah selama beberapa […]

YADIM terima sumbangan topeng muka daripada Kedutaan China

PUTRAJAYA – Kerajaan China pada 17 April telah menyampaikan sumbangan 2,000 unit topeng muka kepada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dalam satu majlis ringkas di Ibu Pejabat YADIM, di sini. Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Ketua Bahagian Media dan Komunikasi, Kedutaan Besar China di Malaysia, Tang Tang kepada Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh. […]

1,000 unit PPE untuk petugas barisan hadapan dari YADIM

SHAH ALAM – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia menerusi kerjasama dengan akhbar Sinar Harian Kumpulan Karangkraft menyumbangkan kira kira 1,000 unit Pakaian Perlindungan Peribadi (PPE) untuk petugas barisan hadapan di sekitar Lembah Klang. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada fasa pertama usaha badan dakwah ini menyantuni empat golongan yang terjejas dengan musibah Covid-19 iaitu pelajar institusi pengajian […]

Fasa dua Musa’adah Covid-19 YADIM minggu depan

SHAH ALAM – Fasa kedua program Musaadah Covid-19 YADIM akan bermula minggu hadapan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Tuan Kamarul Arief Tuan Soh. Menurutnya, fasa kedua itu akan menumpukan pula kepada negeri negeri di luar Lembah Klang, terutamanya di Pantai Timur Semenanjung serta Sabah dan Sarawak. Tuan Kamarul berkata, seperti fasa […]

MAWAR terbuka kerjasama dengan pelbagai pihak

TAWAU – Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) berhasrat memanfaatkan sebarang peluang kerjasama yang terbuka luas dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan. Pengerusi MAWAR, Dr Hafidzah Mustakim berkata, pihaknya boleh bertindak sebagai penghubung untuk pihak NGO mendapatkan bantuan pihak kerajaan dan swasta untuk menjalankan aktiviti mereka samada di […]

Kunjungan PICOMS ke YADIM

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) terus menjadi pilihan pelbagai institusi pengajian tinggi untuk menjalin kerjasama khususnya dalam bidang pendidikan. Terbaharu, Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi (PICOMS) pada 12 Februari telah berkunjung ke ibu pejabat YADIM di sini bagi meneroka peluang kerjasama yang boleh dijalin antara kedua pihak ini. Diketuai oleh Naib Canselornya, Prof […]