Pertemuan NGO Islam Terengganu 2022

KUALA TERENGGANU – Pertemuan YADIM Terengganu bersama sebanyak 40 badan bukan kerajaan (NGO) Islam yang hadir dari seluruh negeri ini telah diadakan di Duyong Marina Resort pada 25 Februari. Majlis ini dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu, Yang Berhormat Ustaz Mohd Nor Hamzah. Antara yang disentuh dalam ucapannya termasuklah harapan kerajaan […]

YADIM Peduli: 200 kanak kanak Desa KEDA Hujung Ketun selamat ‘diremajakan’

PENDANG – Cuti sekolah hujung tahun sudah bermula dan bagi kanak kanak, ini juga merupakan musim untuk mereka dikhatankan. Seringkali disambut dengan gembira kerana ia merupakan peralihan ke zaman remaja, ia lebih meriah jika dilaksanakan secara beramai ramai. Tidak ketinggalan mengambil peluang ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 16 Disember menyantuni seramai 200 […]

50 kanak kanak sertai Khatan Is’aadul Usrah YADIM Kelantan

PENGKALAN CHEPA  – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)Kelantan pada 2 Januari telah mengadakan program Khatan Is’aadul Usrah. Program ini diadakan dengan  kerjasama Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Cawangan Kelantan, Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa, Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 1 dan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Chempaka. Seramai 50 kanak-kanak dari keluarga B40 telah dipilih utk menyertai […]

YB Menteri di JPM santuni peserta khatan

BANGI – Program Khatan Is’ad Al Usrah anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia memasuki hari kedua pada 20 Disember di sini. Program ini disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Poliklinik Sri Putra di sini. Hadir sama ialah Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nasrudin Hassan dan Ketua […]

Khatan Perdana Sunathon 2019

KOTA KINABALU – Program Khatan Perdana Sunathon 2019 yang diadakan di Taman Kuala Menggatal di sini, menerima sambutan sangat baik daripada penduduk apabila seramai 65 peserta menyertainya walaupun sasaran awal hanya 50 orang. Program pada 30 November di Taman Mini Emas Hijau ini, merupakan anjuran bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah dengan Universiti Malaysia […]

Doktor Malaysia khatankan kanak-kanak di selatan Thai

PATTANI – Sekumpulan doktor dari Malaysia menabur khidmat bakti dengan mengkhatankan kanak-kanak secara percuma di Pattani, selatan Thailand. Diketuai Pakar Bedah Neurosurgeri Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, Dr Nujaimin Udin, Program Khatan Amal Nusantara telah mengkhatankan lebih 100 orang kanak-kanak berusia antara enam hingga 12 tahun di wilayah yang bergolak itu. Beliau berkata, […]