Home » Citra Yadim » Khatan Perdana Sunathon 2019

Khatan Perdana Sunathon 2019

KOTA KINABALU – Program Khatan Perdana Sunathon 2019 yang diadakan di Taman Kuala Menggatal di sini, menerima sambutan sangat baik daripada penduduk apabila seramai 65 peserta menyertainya walaupun sasaran awal hanya 50 orang.

Program pada 30 November di Taman Mini Emas Hijau ini, merupakan anjuran bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Persatuan Penduduk Taman Kuala Menggatal.

Selain menyediakan kelengkapan katil dan peralatan berkhatan, kos berkhatan ditanggung oleh pihak Fakulti Sains Perubatan dan Kesihatan Universiti Malaysia Sabah UMS.

Ketua Jabatan Pembedahan Am Fakulti Sains Perubatan dan Kesihatan UMS, Dr. Nik Abdul Said Abdullah telah mengetuai proses berkhatan bermula jam 8.30 pagi hingga 3 petang dengan bantuan 15 lagi pegawai dan kakitangan.

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Kuala Menggatal,Datuk Mustapha Asmah dalam ucapan aluannya menzahirkan rasa terima kasih atas penganjuran program yang disifatkannya mampu merapatkan hubungan silaturrahim penduduk.

Beliau turut berharap agar YADIM akan meneruskan lagi program program berunsur kemasyarakatan seperti ini pada masa akan datang.

Selain Mustapha, hadir sama ke majlis ini ialah Timbalan Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMS, Prof Madya Dr. Raman Nordin, serta pengarah program, Nik Mohd Adham Che Zainuddin.

Dalam pada itu Dr Raman berkata, pihaknya berbesar hati dapat terlibat dalam program berkhatan ini kerana secara tidak langsung membolehkan mereka melaksanakan khidmat kepada komuniti.

Zolkharnain pula berkata, program beramai ramai dalam komuniti seperti ini penting untuk diadakan secara konsisten kerana ia mengeratkan hubungan sesama anggotanya.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *