Home » Citra Yadim » 50 kanak kanak sertai Khatan Is’aadul Usrah YADIM Kelantan

50 kanak kanak sertai Khatan Is’aadul Usrah YADIM Kelantan

PENGKALAN CHEPA  – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)
Kelantan pada 2 Januari telah mengadakan program Khatan Is’aadul Usrah.

Program ini diadakan dengan  kerjasama Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Cawangan Kelantan, Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa, Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 1 dan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Chempaka.
 
Seramai 50 kanak-kanak dari keluarga B40 telah dipilih utk menyertai program ini.

Ia telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Ustaz Ahmad Marzuk Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merangkap Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.

Turut hadir Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Yang Berhormat Ustaz Ahmad Fathan  Mahmood yang juga merupakan Ahki Dewan Undangan Negeri Chempaka, Pengarah YADIM Kelantan, Mahadi Awang dan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa ,  Un Mat .

Berkhatan di lakukan di Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa bermula 9.30 pagi sehingga 1 petang.

Bagi mematuhi SOP yang ditetapkan hanya 10 peserta dikhatankan pada satu satu masa.

Setiap peserta juga menerima kain pelikat,roti dan air minuman

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *