Kunjung hormat kepada Unit Hal Ehwal Islam Hospital Tengku Ampuan Afzan

KUANTAN –  Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Pahang pada 10 Mac telah mengunjungi Unit Hal Ehwal Islam Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini bagi tujuan berkenalan dan membina hubungan. Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Hazmi Dibok dalam pertemuan ini telah berkongsi maklumat berkaitan organisasi dan peluang kerjasama bersama Ketua Unit Hal Ehwal Islam merangkap […]

Dua mahkamah syariah baharu bakal beroperasi

JEMPOL – Dua kompleks mahkamah syariah baharu iaitu di Kuantan, Pahang dan Kota Kinabalu, Sabah bakal beroperasi tidak lama lagi. Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, Kompleks Mahkamah Syariah Pahang dijangka siap pada awal Mac depan manakala Kompleks Mahkamah Syariah Sabah dijangka siap pada pertengahan April tahun ini. […]

YADIM Pahang santuni pemandu teksi dan kereta sewa Kuantan

KUANTAN – Pemandu teksi dan kereta sewa adalah antara kumpulan yang teruk terjejas dengan pandemik Covid-19 yang melanda negara. Menyedari hakikat tersebut, pada 24 Februari Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang tampil menyantuni anggota Persatuan Pemilik Permit dan Pemandu Teksi/ Kereta Sewa Daerah Kuantan di pejabat mereka berdekatan bangunan UTC dan Stadium Darul Makmur di […]

YADIM Pahang santuni ibu tunggal, asnaf dan Muallaf

KUANTAN – Seusai program Semarak Dakwah YADIM di parlimen Indera Mahkota di sebelah pagi, diteruskan pula dengan program Semarak Dakwah di parlimen Kuantan pada sebelah petang hingga ke malamnya. Pasukan Sukarelawan YADIM Parlimen Kuantan diketuai Koordinatornya Dr Azhar Jaafar telah turun menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada 30 penerima dari golongan asnaf, ibu tunggal dan muallaf […]

Gotong royong pejabat sementara YADIM Pahang

KUANTAN – Pejabat sementara Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang bakal beroperasi tidak lama lagi. Pada 14 November dengan kerjasama rakan-rakan pertubuhan bukan kerajaan Persatuan Pembimbing Masyarakat Sejahtera (PPMS) dan Yayasan Amal Malaysia (YAM) cawangan Pahang, satu gotong royong membersihkan membersihkan pejabat sementara YADIM Pahang telah dilakukan. Pejabat ini bakal beroperasi di bangunan rumah kedai […]

RSY Pahang santuni mahasiswa terjejas Covid-19

KUANTAN – Prihatin dengan nasib ahli ahlinya, Rakan Siswa YADIM (RSY) Pahang pada 25 Julai lalu telah menyantuni mereka yang terkesan akibat penularan Covid-19. Diwakili oleh penyelaras RSY Pahang, Anis Razani dan Penolong Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM, Nurul Ashikin Zakaria, seramai  15 keluarga ahli RSY disantuni dalam program ringkas berkenaan. Mereka yang disantuni […]