Home » Citra Yadim » Kunjung hormat kepada Unit Hal Ehwal Islam Hospital Tengku Ampuan Afzan

Kunjung hormat kepada Unit Hal Ehwal Islam Hospital Tengku Ampuan Afzan

KUANTAN –  Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Pahang pada 10 Mac telah mengunjungi Unit Hal Ehwal Islam Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini bagi tujuan berkenalan dan membina hubungan.

Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Hazmi Dibok dalam pertemuan ini telah berkongsi maklumat berkaitan organisasi dan peluang kerjasama bersama Ketua Unit Hal Ehwal Islam merangkap Ketua Skuad Mesra Ibadah HTAA, Ustaz Mohd Jumaidi Md. Hashim.

Ustaz Hazmi juga berharap program kerjasama melibat sukarelawan YADIM Pahang dan Skuad Mesra Ibadah HTAA akan dapat dijalankan bersama bagi memberi pendedahan dan pengalaman kepada para sukarelawan dalam usaha dakwah kepada para pesakit di hospital.

YADIM Pahang juga bersedia membantu pihak Unit Hal Ehwal Islam HTAA untuk sebarang program keagamaan dan dakwah pada masa-masa akan datang.

Menerusi kunjungan ini juga, YADIM juga menyampaikan sedikit sumbangan berupa botol semburan wudhu’, 64 set debu tayammum dan 60 buah buku Panduan Ibadah Pesakit terbitan YADIM.

Turut bersama dalam kunjungan ini  ialah Pegawai YADIM Pahang, Dr Amirul Mukmin  serta Ahli Skuad Mesra Ibadah HTAA merangkap CEO Media Al Anas Enterprise, Ustaz Anas.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *