YADIM, Hidayah Centre tingkat kerjasama pengkaderan dakwah

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Hidayah Centre Foundation (HCF) bersetuju meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang dakwah terutamanya pengkaderan. Objektif ini perlu dicapai dengan melahirkan lebih ramai daie pada masa akan datang dengan kemahiran seperti penguasaan pelbagai bahasa dan penggunaan media baharu. Hasrat ini diutarakan dalam kunjung hormat secara maya oleh HCF kepada […]

Media Prima teroka kerjasama animasi, digital unsur keagamaan

PUTRAJAYA – Media Prima Berhad (MPB) merancang kerjasama dalam rancangan animasi dan pembangunan digital dengan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Pengerusi Kumpulan MPB, Datuk Dr Syed Hussian Aljunid, ketika mengumumkan perkara itu berkata, kesepakatan berhubung kerjasama strategik berkenaan akan diperhalusi bersama 14 agensi berkaitan. Menerusi pendekatan itu, beliau menaruh keyakinan penyiaran segmen animasi yang […]

Kunjungan ke Unit Pematuhan Syariah SASMEC

KUANTAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang pada 26 Mac telah melakukan kunjungan hormat ke Unit Pematuhan Syariah, Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah@IIUM (SASMEC @IIUM) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini. Kunjungan YADIM yang diketuai Yang Dipertuanya, Ustaz Nasrudin Hassan itu bertujuan meninjau peluang kerjasama yang boleh dijalin antara kedua pihak. Kedatangan YADIM […]

Kunjung hormat kepada Ketua Menteri Sabah

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyatakan komitmen dan terus menyokong inisiatf Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah menyantuni rakyat di negeri ini. Dalam kunjungan hormat YADIM kepada beliau di sini pada 11 Mac,  beliau juga memaklumkan sentiasa mengikuti perkembangan badan dakwah ini. YADIM diwakili […]

Kunjung hormat kepada Unit Hal Ehwal Islam Hospital Tengku Ampuan Afzan

KUANTAN –  Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Pahang pada 10 Mac telah mengunjungi Unit Hal Ehwal Islam Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini bagi tujuan berkenalan dan membina hubungan. Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Hazmi Dibok dalam pertemuan ini telah berkongsi maklumat berkaitan organisasi dan peluang kerjasama bersama Ketua Unit Hal Ehwal Islam merangkap […]

Majlis Dakwah Negara, Persatuan Ulama Malaysia kunjungi YADIM Kedah

SUNGAI PETANI – Memperkasakan kepimpinan muda dalam organisasi dakwah serta memfokus latihan dan pengkaderan merupakan antara rancangan kerjasama yang dicadangkan untuk dijalin antara rakan rakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah. Hasrat itu dinyatakan dalam kunjungan wakil Majlis Dakwah Negara (MDN), Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan Pusat Kajian Kemiskinan & […]

Kunjung hormat PMPS ke YADIM Kedah

SUNGAI PETANI – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 7 Januari telah menerima kunjungan hormat daripada rakan strategik pertubuhan bukan kerajaan Pertubuhan Muafakat Pondok SeMalaysia (PMPS). Hadir mewakili PMPS ialah Ustaz Mohd Yusof Ahmad, Ustaz Ahmad Marzuki Mat Yusof  dan Ustaz Muhamad Azfar Ibrahim. Perbagai aktiviti dan program PMPS bersama YADIM Kedah yang melibatkan […]

Kunjungan Hormat Kepada Yang Di-Pertua Negeri Sabah

KOTA KINABALU – Yang Dipertua YADIM,Yang Berusaha Ustaz Nasrudin Hassan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin, Yang di-Pertua Negeri Sabah pada 8 September. Lawatan ini adalah antara usaha […]

Kunjungan PICOMS ke YADIM

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) terus menjadi pilihan pelbagai institusi pengajian tinggi untuk menjalin kerjasama khususnya dalam bidang pendidikan. Terbaharu, Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi (PICOMS) pada 12 Februari telah berkunjung ke ibu pejabat YADIM di sini bagi meneroka peluang kerjasama yang boleh dijalin antara kedua pihak ini. Diketuai oleh Naib Canselornya, Prof […]