Home » Citra Yadim » Kunjung hormat kepada Ketua Menteri Sabah

Kunjung hormat kepada Ketua Menteri Sabah

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyatakan komitmen dan terus menyokong inisiatf Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah menyantuni rakyat di negeri ini.

Dalam kunjungan hormat YADIM kepada beliau di sini pada 11 Mac,  beliau juga memaklumkan sentiasa mengikuti perkembangan badan dakwah ini. YADIM diwakili oleh Pengarah Sabah, Samin Ongki dalam kunjungan itu.

Dalam pada itu, tertarik dengan inisiatif Teratak Prihatin untuk membantu asnaf, beliau meluluskan dana sebanyak RM50,000 untuk membina rumah sebuah keluarga di kawasan Dewan Undangan Negeri Sulaman yang diwakilinya.

Projek tersebut akan dilaksanakan YADIM secara bekerjasama dengan Tentera Darat Malaysia dari Divisyen Kelima Kem Lok Kawi.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *