Home » Langit Terbuka » Mahkamah perintah lelaki pijak Al-Quran dihantar ke Hospital Permai

Mahkamah perintah lelaki pijak Al-Quran dihantar ke Hospital Permai

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani ujian di hospital bagi mengetahui status sebenar kesihatan mentalnya. - Foto SelangorKini

JOHOR BAHRU – Mahkamah Majistret di sini pada 18 Februari memerintahkan seorang lelaki yang videonya tular kerana dilihat memijak al-Quran baru-baru ini, supaya dihantar ke Hospital Permai untuk menjalani pemeriksaan kesihatan mental.

Perintah itu dikeluarkan Majistret Nurasidah A. Rahman selepas membenarkan permohonan daripada Timbalan Pendakwa Raya, Nurhayati Muhammad Fathullah.

Perintah terhadap Mohd Zulkifli Ali, 33, itu dibuat mengikut Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah.

Ia bagi membolehkan pihak pendakwaan dan mahkamah mengetahui status sebenar kesihatan mental Mohd Zulkifli.

Berdasarkan pertuduhan yang dibuat, Mohd Zulkifli didakwa telah mencemarkan al-Quran dengan memijaknya dengan niat untuk menghina agama Islam.

Tertuduh juga didakwa telah mengeluarkan kata-kata penghinaan yang didengari oleh seorang individu dengan niat yang disengajakan untuk melukakan perasaan keagamaannya.

Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah bilik hotel, di Jalan Abiad, Taman Tebrau Jaya, di sini pada pukul 8.40 pagi, 13 Februari lepas.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, Mohd Zulkifli didakwa mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya dan Seksyen 298 kanun sama, yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, semasa prosiding pertuduhan dibacakan terhadapnya, tertuduh yang tidak diwakili peguam dan merupakan seorang penganggur, tidak membuat sebarang pengakuan serta hanya mengangguk faham.

Mahkamah menetapkan 17 Mac untuk tertuduh dipanggil semula bagi pertuduhan itu.– Bernama

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *