Jakim mudahkan usahawan luar bandar miliki sijil halal

SHAH ALAM – Kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama agensi pembimbing melalui Inisiatif Segera Pensijilan Halal Malaysia (ISPHM) telah membuahkan hasil apabila ramai usahawan luar bandar berjaya mendapatkan sijil halal mereka. Ketua Pengarah Jakim, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim berkata, kerjasama melalui inisiatif itu secara tidak langsung memberi gambaran bahawa pemilikan sijil halal adalah lebih […]

Maqasid syariah dalam tadbir urus kerajaan

LABUAN – Maqasid Syariah akan diguna pakai dalam semua urus tadbir Kerajaan Persekutuan dalam usaha memandu program pembangunan negara yang akhirnya memberi rahmat dan keadilan kepada seluruh rakyat di negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, dasar pentadbiran baru yang mempunyai lima prinsip ini sedang diperjelaskan di seluruh negara […]

22 YDP SJKT Tamil Kuala Muda, Yan sokong pelaksanaan tulisan khat, Jawi

SUNGAI PETANI – Ketika orang lain membantah pelaksanaan pembelajaran seni khat dan tulisan Jawi, lain pula terjadi di sini. Seramai 22 orang Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) daerah Kuala Muda dan Yan di sini, menyambut baik usaha memperkenalkan warisan negara itu di peringkat sekolah. Malah Pengerusi […]

Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia selamat tiba di tanah air

SEPANG – Kumpulan pertama seramai 479 jemaah haji Malaysia yang turut disertai oleh Pengerusi Tabung Haji (TH) Tan Sri Md Nor Md Yusof selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 3.30 petang, hari ini (19 Ogos). Ketibaan 209 jemaah lelaki dan 259 jemaah wanita itu disambut Ketua Pegawai Strategi dan Ketua Kakitangan […]

Ziarah rahmah ke perkampungan Orang Asli di Gerik.

SUNGAI TEKAM – Sebagai salah satu usaha memasyarakatkan badan dakwah dengan komuniti Orang Asli, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 17 Ogos lalu telah menganjurkan ‘Program YADIM Peduli, Ziarah Rahmah’ kepada komuniti tersebut di sini. Program selama dua hari itu, selain mendekatkan YADIM dengan komuniti berkenaan, turut berhasrat menyebarluaskan penghayatan rahmah dalam hubungan sesama manusia […]

Islam rahmat untuk semua

Islam agama sejahtera. Islam itu sendiri bermaksud aman dan selamat. Seluruh umat Islam perlu kembali kepada ajaran al-Quran dan sunnah demi keamanan ummah dan manusia sejagat. Firman ALLAH SWT dalam surah al-Baqarah ayat 83 yang bermaksud, “Berbicaralah kepada masyarakat dengan cara lembut dan baik”. Baru-baru ini, pihak Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) telah melancarkan buku […]

E-visa: Kelulusan visa umrah dalam 24 jam

RIYADH – Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi memperkenalkan sebuah platform khas yang akan digunakan untuk mengeluarkan visa umrah secara elektronik (e-visa). Saudi Gazette melaporkan, perkara itu diumumkan setiausaha khas kementerian berkenaan, Abdulaziz Wazzan. Kata beliau, pihaknya menjangkakan sejumlah 10 juta visa umrah akan dikeluarkan untuk musim baharu dengan kehadiran jemaah yang menggunakan e-visa bermula […]

Singapura teroka pedagogi baharu bagi model kolej Islam

SINGAPURA – Singapura sedang meneroka pendekatan dan pedagogi baharu dalam pengajaran dan pembelajaran Islam bagi membantu dan mencorak model untuk kolej Islamnya sendiri. Ini dinyatakan oleh Perdana Menteri republik itu Lee Hsien Loong di dalam ucapan Bahasa Melayunya sempena Rapat Hari Kebangsaan 2019 yang berlintas langsung di ITE College Central di sini pada Ahad lalu. […]

Qasidah jalanan kumpul dana tahfiz

TAIPING – Kehidupan tanpa kasih sayang keluarga tidak melenturkan semangat 25 kanak-kanak dari Asrama Tahfiz Anak Yatim/Miskin Amal Nur Qaseh Kamunting, membuat persembahan qasidah berkonsepkan muzik jalanan atau ‘busker’ di Bazar Cross Street (BCS), di sini. Semangat mereka mengalunkan lagu puji-pujian kepada Yang Maha Esa serta luahan berunsur kerohanian itu menarik tumpuan pengunjung berbilang kaum […]

Pengerusi masjid diiktiraf usahawan muda berjaya 2019

SEREMBAN – Mula bergiat dalam perniagaan menjual produk Tupperware, Mohd. Asna Amin, 39, kini muncul sebagai salah seorang usahawan muda berjaya di negara ini. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dermaga Sari Holdings Sdn. Bhd. (DSH) itu diiktiraf sebagai penerima anugerah ‘Special Talent Entrepreneur’ dalam majlis 100 Top Young CEO 2019 baru-baru ini. Menurut Mohd. Asna, kejayaan […]