MAPIM sedia sama turun padang

“Berat… Tetapi saya bersedia untuk membantu, yang saya berhajat dengan YADIM ialah sinergi. “Bila bila yang rasa kita boleh bersama, mari, tapi kita kena segera,”. Demikian kata kata ringkas namun cukup bemakna daripada seorang lagi tokoh yang berkunjung ke YADIM pada 10 Mei. Siapa yang tidak kenal Cikgu Azmi Abdul Hamid. Bukan sahaja sebagai aktivis […]

YADIM Peduli 2021 bagi Parlimen Jelutong

JELUTONG – Telah berlangsung di sini program YADIM Peduli yang bertujuan menyantuni golongan B40 yang terjejas dengan Covid-19 pada 21 Februari. Program dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI) dan Sukarelawan YADIM Pulau Pinang ini menyantuni seramai 50 keluarga yang memerlukan. MAPIM dan YADIM menyumbangkan barangan keperluan harian untuk […]

Baiki hubungan Malaysia-India jangan sampai gadai prinsip

SHAH ALAM – Hasrat kerajaan untuk memperbaiki semula hubungan antara Malaysia dengan India perlu dilakukan berlandaskan prinsip dan kebenaran. Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, hubungan baik yang mahu dijalin semula antara kedua-dua negara tidak harus menggadaikan prinsip keadilan dan kebenaran yang selama ini dihormati oleh dunia terhadap Malaysia. […]

Tabik usaha Turki lindungi mangsa perang di Syria

BANGI – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) merakamkan ucapan takziah kepada Turki setelah kehilangan 33 anggota tentera dalam satu serangan udara di wilayah Idlib, Jumaat lalu. Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, bagi anggota tentera Turki yang sedang bertugas melindungi mangsa konflik peperangan di Syria, perbuatan itu akan diterima sebagai syahid. “Kami mengucapkan takziah […]

NGO Islam gesa pihak berkuasa siasat G25 kritik kedudukan Islam

PETALING JAYA – Sebuah NGO Islam menggesa pihak berkuasa menyiasat G25 jika kumpulan bekas penjawat awam kanan itu melanggar undang-undang kerana mengkritik dan mempersoalkan kedudukan Islam di negara ini. Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pihaknya membantah keras laporan G25 mempersoalkan kewujudan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam […]

Mapim ketuai delegasi ke Kashmir

SHAH ALAM – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) akan mengetuai Lawatan Delegasi Ahli Parlimen ASEAN ke Kashmir bermula 4 hingga 8 November depan. Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, Mapim telah diberi mandat oleh Kementerian Luar Negara Pakistan dan Speaker Parlimen Pakistan untuk mengendalikan lawatan tersebut bagi memberi peluang kepada ahli-ahli Parlimen dan aktivis […]

Festival Ummatic 2.0 himpun selebriti dakwah

IPOH – Festival Ummatic 2.0 (Ummatic 2.0) yang dijadualkan pada 4 hingga 6 Oktober ini di Masjid Muhammad Al Fateh, Taman Jati di sini bakal menghimpunkan beberapa selebriti dakwah sebagai tarikan untuk orang ramai menghadirinya. Acara berkonsepkan karnival keislaman itu akan dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusuf manakala majlis […]

Kenyataan media bersama membantah projek terowong terbaharu di Baitulmaqdis Timur

KUALA LUMPUR – MANAR, SHURA dan MAPIM menyeru masjid seluruh dunia untuk bangkit membantah projek terowong baru di Baitulmaqdis Timur. Kami mengutuk utusan Amerika Syarikat (AS) yang pada Ahad lalu memecahkan tembok sebagai permulaan projek pembukaan terowong dan kerja kerja penggalian di bawah Masjid Al Aqsa. Ini merupakan tanda sokongan kuat Washington kepada Israel untuk […]

Mapim teruskan kempen sokong Dr Zakir hingga 31 Julai

ALOR SETAR – Kempen atas talian bagi menyokong Dr Zakir Naik agar tidak diekstradisi ke India yang dilancarkan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mendapat sambutan, dengan memperoleh lebih 10,000 tandatangan. Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, tandatangan itu dibuat menerusi dalam talian di laman sesawang berikut, https://www.gopetition.com/petitions/support-dr-zakir-naik-say-no-to-india-extradition.html, sejak 12 Jun lalu. Menurutnya, Mapim turut […]

Krisis semakin memburuk, rakyat Palestin, Syria perlukan bantuan

PULAU PINANG – Rakyat di negara ini diseru melihat krisis akibat peperangan di Palestin dan Syria sebagai isu kemanusiaan yang melangkaui agama sekali gus memerlukan sokongan setiap lapisan masyarakat. Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, sokongan itu lebih ditagih kini iaitu ketika rakyat di kedua-dua negara tersebut terpaksa menjalani […]