Home » Langit Terbuka » Kenyataan media bersama membantah projek terowong terbaharu di Baitulmaqdis Timur

Kenyataan media bersama membantah projek terowong terbaharu di Baitulmaqdis Timur

KUALA LUMPUR – MANAR, SHURA dan MAPIM menyeru masjid seluruh dunia untuk bangkit membantah projek terowong baru di Baitulmaqdis Timur.

Kami mengutuk utusan Amerika Syarikat (AS) yang pada Ahad lalu memecahkan tembok sebagai permulaan projek pembukaan terowong dan kerja kerja penggalian di bawah Masjid Al Aqsa.

Ini merupakan tanda sokongan kuat Washington kepada Israel untuk merobohkan dan mengambil alih masjid tersebut.

Tindakan provokatif ini adalah pencerobohan yang jelas oleh AS dan Zionis untuk mengawal Al Quds, termasuklah Masjid Al Aqsa.

Mereka akan meneruskan ‘Pengyahudian’ (Judaization) di Al Aqsa secara fizikal untuk merobohkannya dan menggantikannya dengan Kuil Haikal Sulaiman (Mount Temple) selepas menguasai daerah Silwan sejak 1967.

Terbaharu, Pegawai dan Penasihat Presiden Donald Trump untuk Timur Tengah, Jason Greenblatt dan Duta Besar Amerika Serikat kepada Israel, David Friedman menghadiri upacara untuk membuka terowong atas alasan sebuah projek arkeologi.

Projek ini adalah serangan langsung ke atas integriti dan kesucian fizikal Masjid Al Aqsa.
Kami melihat bahawa Greenblatt dan Friedman berada di sana bukan atas kapasiti utusan AS tetapi sebagai fanatik Zionis.

Yahudi Zionis telah menduduki/merampas harta sekitar masjid tersebut dan mengganggu kestabilannya dengan menggali terowong di bawahnya.

Oleh kerana Silwan terletak berdekatan masjid dan daerah-daerah jirannya diduduki/dirampas pada tahun 1967, Yahudi telah mengambil hak dan menetap di kawasan tersebut untuk mengubah demografi Baitulmaqdis Timur.

Kenyataannya ialah kedua-dua wakil AS berada di sana adalah atas agenda Majlis Bandaraya Baitulmaqdis yang dikendalikan oleh orang Yahudi untuk mengambil alih seluruh Baitulmaqdis Timur.

Kami menuntut agensi-agensi antarabangsa seperti Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk campur tangan dan menghentikan perbuatan ini.

Kami juga menyeru masjid- masjid sedunia untuk bangkit dan membantah tindakan itu.
Khutbah Jumaat dan perhimpunan perlu diadakan di semua masjid untuk memaklumkan dan memberi perhatian kepada orang ramai tentang kesan-kesan serius isu ini terhadap Masjid Al Aqsa.

Datuk Seri Ahmad Awang
Pengerusi Masjid Sedunia mempertahankan Al-Aqsa (MANAR)

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)

Datuk Wira Abdul Ghani Samsudin
Presiden Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA)

2 Julai 2019

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *