Hanya 100 jemaah dibenarkan di masjid, surau Sarawak

KUCHING  – Berdasarkan perkembangan semasa wabak COVID-19 di Sarawak, hanya 100 jemaah dibenarkan solat Jumaat dan solat lima waktu di masjid dan surau dengan mematuhi penjarakan fizikal, kecuali bagi Masjid Jamek Negeri Sarawak yang dibenarkan maksimum 200 jemaah. Majlis Islam Sarawak (MIS) dalam satu kenyataan memaklumkan majlis pengimarahan seperti ceramah, kuliah, bacaan al-Quran dan Yasin […]

Hanya enam jemaah boleh hadir di masjid

Kuala Lumpur – Enam jemaah sahaja dibenarkan untuk menunaikan solat lima waktu di masjid di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula malam ini. Bagaimanapun, kerajaan turut membenarkan laungan azan dibuat bagi mengimarahkan masjid. Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, enam jemaah itu akan […]

TNB serah 5 van jenazah kepada masjid, surau

KUALA LUMPUR –  Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyerahkan sumbangan lima van jenazah kepada masjid dan surau terpilih di Semenanjung bernilai hampir RM123,000 tahun ini bagi memenuhi tanggungjawab sosial syarikat itu kepada masyarakat. Sumbangan itu adalah manifestasi keprihatinan syarikat utiliti tersebut untuk memudahkan urusan pengurusan jenazah masyarakat Islam di kawasan-kawasan yang memerlukan, selaras dengan amalan nilai-nilai […]

Sabah : Semua masjid, surau di zon merah ditutup

SHAH ALAM – Pejabat Mufti Sabah memutuskan bahawa kesemua masjid dan surau yang berada dalam zon merah di negeri itu ditutup berkuat kuasa hari ini sehingga 16 Oktober ini berikutan perintah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Mufti Sabah, Datuk Bungsu@Aziz Jaafar berkata, semua aktiviti dan program di masjid atau surau juga ditangguhkan, malah solat berjemaah […]

SOP ketat masjid, Datuk Badli Shah rayu ahli akademik buat kajian

KUALA LUMPUR – Cerdik pandai dan ahli akademik institut pengajian tinggi (IPT) mahupun Pusat Kajian Perubatan di negara ini membuat kajian khusus berkenaan keabsahan prosedur standard operasi (SOP) yang ketat di masjid pada masa ini. Imam Besar Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan, Datuk Badli Shah Alauddin berkata, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 18 Mac […]

Warga asing dibenar solat jemaah di masjid bermula 1 September

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju memberi kebenaran kepada rakyat negara asing beragama Islam untuk menunaikan solat berjemaah di masjid. Bagaimanapun, menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kebenaran itu masih tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sebelum ini. Kebenaran berkenaan berkuat kuasa 1 September depan dan ia turut terpakai di surau-surau […]

Is’ad Al Usrah bertepatan dengan tujuan penubuhan YADIM

BATU KURAU – Program Is’ad Al Usrah yang dilaksanakan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bertepatan dengan tujuan badan dakwah ini ditubuhkan. Timbalan Yang Dipertua YADIM, Yang Berbahagia Dato’ Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti berkata, melalui program ini, badan dakwah ini akan berusaha menyantuni golongan yang dikenal pasti memerlukan di seluruh negara. “Is’ad ini bermaksud menggembirakan,ia […]

Servis basuh baju guna Nak Dobi

KUALA LUMPUR – Pelan pengimarahan Masjid-Masjid Wilayah Persekutuan memperkenalkan aplikasi Nak Dobi yang menaik taraf perkhidmatan dobi selaras perkembangan teknologi terkini. Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Mohd Ajib Ismail berkata, inisiatif Dobi An Nazhif itu dibangun dengan kerjasama syarikat, CLE Coin Sdn Bhd (CLE Coin) dalam usaha memperkasa peranan dan potensi masjid. “Masjid […]

Penutupan masjid, surau bergantung nasihat MKN, KKM

BUTTERWORTH – Penutupan masjid dan surau dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (TEMCO) bergantung pada nasihat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Beliau berkata prosedur operasi standard (SOP) berkaitan solat jemaah amat tegas dan jelas bahawa sekiranya berlaku wabak […]

Patuhi SOP, elak kluster ibadah – Zulkifli

KUALA NERUS – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri hari ini mengingatkan orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi mengelak wujudnya kluster ibadah berkaitan Aidiladha. Beliau berkata kerajaan tidak mahu berlakunya penularan COVID-19 disebabkan ketidakpatuhan rakyat terhadap SOP sepanjang Aidiladha, yang berisiko […]