Home » Langit Terbuka » Warga asing dibenar solat jemaah di masjid bermula 1 September

Warga asing dibenar solat jemaah di masjid bermula 1 September

Ketika ini, hanya rakyat Malaysia sahaja dibenarkan untuk menunaikan solat fardhu berjemaah termasuk solat fardhu Jumaat di masjid-masjid. - Foto KitaReporters

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju memberi kebenaran kepada rakyat negara asing beragama Islam untuk menunaikan solat berjemaah di masjid.

Bagaimanapun, menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kebenaran itu masih tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sebelum ini.

Kebenaran berkenaan berkuat kuasa 1 September depan dan ia turut terpakai di surau-surau seluruh negara.

Ketika ini, hanya rakyat Malaysia sahaja dibenarkan untuk menunaikan solat fardhu berjemaah termasuk solat fardhu Jumaat di masjid-masjid.

Jemaah perlu mempamerkan MyKad kepada petugas masjid sebelum diberi kebenaran untuk masuk ke bahagian-bahagian masjid bagi tujuan solat berjemaah.

Sementara itu, Ismai Sabri turut mengumumkan bahawa umat Islam yang pergi ke masjid tidak lagi diwajibkan untuk membawa sejadah sendiri.

Ia berikutan keluhan pengunjung masjid yang kadang kala terlupa membawa sejadah ke masjid dan kemudian dihalang untuk menunaikan solat.

Bagaimanapun penggunaan sejadah adalah digalakkan dan pemakaian pelitup muka masih kekal wajib buat para jemaah.

Ismail Sabri dalam pada itu turut berterima kasih kepada imam dan jawatankuasa masjid kerana tegas dalam memastikan SOP dipatuhi sepenuhnya.- AlHijrah Online 

Artikel Berkaitan

YADIM Kedah dan Perlis: Ziarah Madani Mualaf

MENJELANG Syawal tidak lama lagi, adalah tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk memupuk semangat kasih sayang dan kepedulian terhadap sesama Muslim termasuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *