Vaksinasi lengkap: Boleh solat di surau, masjid

Kuala Lumpur: Kebenaran menunaikan solat berjemaah di masjid dan surau akan diberikan kepada individu yang sudah menerima vaksinasi Covid-19 lengkap berkuatkuasa Selasa ini. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kemudahan itu terpakai ke atas semua fasa dalam Pelan Pemulihan Negara. Beliau berkata, jemaah yang hadir untuk menunaikan solat bagaimanapun mesti menunjukkan kepada petugas masjid […]

Jumlah jemaah solat fardu di Melaka ditambah

MELAKA – Jumlah jemaah di semua masjid dan surau di negeri ini untuk setiap solat fardu akan ditambah susulan permintaan umat Islam menerusi ahli jawatankuasa masjid masing-masing.   Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Che Sukri Che Mat, berkata kerajaan negeri menerusi keputusan mesyuarat EXCO pada 15 Julai menetapkan jumlah maksimum jemaah bagi masjid […]

Terengganu mahu buka kaunter beri vaksin di masjid

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu berhasrat membuka kaunter pemberian vaksin COVID-19 di sebuah masjid setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memudahkan orang ramai menerima suntikan itu. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak, berkata pelaksanaan itu bagaimanapun perlu mengambil kira masalah berkaitan aspek kekangan tenaga kerja Kementerian Kesihatan […]

Masjid seluruh Perlis terus baca Qunut Nazilah selama tujuh hari

ARAU- Semua masjid di negeri ini diarahkan meneruskan bacaan Qunut Nazilah pada rakaat terakhir setiap solat fardu selama tujuh hari bermula solat Jumaat hari ini. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, arahan berkenaan mendapat perkenan Raja Perlis,Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail setelah meneliti perkembangan semasa pencerobohan dan serangan tentera Israel ke atas […]

Masjid Alumni Limauan bukti pencapaian umat Islam Sabah

KIMANIS – Sebuah masjid baharu diberi nama Masjid Alumni Limauan bakal dibina di Kampung Andus Papar di sini yang menelan belanja RM5 juta. Berucap pada majlis melancarkan Kempen Khairat/Infaq pembinaan masjid berkenaan pada 26 Mac, di lokasi pembinaannya, Menteri Tugas Tugas Khas Sabah, Yang Berhormat Datuk Haji Mohd Arifin Mohd Arif menyatakan komitmen serta sokongan […]

Misi bersihkan Masjid Kampung Acheh

PEKAN – Bertempat di Masjid Kampung Acheh di sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang pada 23 Januari telah menyertai rakan rakan badan bukan kerajaan (NGO)  membersihkannya. Antara yang terlibat ialah Geng Ustaz, Syabab Care, Abrar Care, Rahmat Care, URZ Care dan lain lain lagi. Inisiatif ini turut disertai oleh Ikon YADIM, Ustaz Dusuki Abd […]

Perlis benar solat Jumaat di masjid, tetapi bersyarat

KANGAR – Solat Jumaat di semua masjid di negeri ini dibolehkan sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun tertakluk syarat ditetapkan. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, bertitah jemaah solat Jumaat mestilah terdiri anak kariah termasuk imam dan khatib, dengan tidak melebihi kapasiti maksimum mengikut saiz masjid serta tidak kurang tiga orang […]

Jumlah jemaah Solat Jumaat ikut kapasiti masjid, solat fardu 1/3 dewan solat

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengumumkan ketetapan baharu pelaksanaan solat Jumaat dan solat lima waktu serta penganjuran aktiviti keagamaan di masjid, surau Jumaat dan surau di Wilayah Persekutuan di zon hijau, kuning, jingga dan merah. Menurut Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail, ketetapan baharu itu dibahagikan kepada dua kategori iaitu bagi kawasan […]

Program Tendangan Penalti Remaja KRT Indera Sempurna

KUANTAN – Sebagai usaha untuk mengajak remaja mendekati masjid, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang dan Masjid Az Zahra di sini menganjurkan Program Tendangan Penalti Remaja KRT Indera Sempurna pada 26 November. Sebanyak 9 pasukan dari sekitar bandaraya ini menyertai pertandingan ini. Hadir ke pertandingan ini ialah Koordinator Sukarelawan YADIM Parlimen Pekan, Ustaz Sayuti Osman, […]

Kelantan benar solat Jumaat, fardu dengan jumlah terhad

KOTA BHARU – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) membenarkan solat Jumaat dan fardu serta aktiviti di masjid, surau dan musolla di negeri ini dilaksanakan secara terkawal, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Yang Dipertua MAIK Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, kebenaran itu berkuat kuasa bermula 21 […]