Musaádah Covid-19 diteruskan di Kemaman

KEMAMAN – Inisiatif membantu masyarakat oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu diteruskan di tiga kampung di sini pada 17 Jun. Program tersebut memberi manfaat kepada 100 keluarga di Kampung Geliga, Kampung Geliga Baru dan Kampung Kuala Kemaman. Para peserta menerima sumbangan barangan keperluan harian bagi meringankan beban mereka. Majoriti penerima adalah penduduk kampung yang […]

‘Jemput kita imarahkan semula masjid’

SHAH ALAM – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri rasa gusar terhadap jumlah jemaah khususnya di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Wilayah Persekutuan Putrajaya yang kurang memberangsangkan. ⁣⁣ Beliau berkongsi perkara itu di akaun Twitter rasminya hari ini (17 Jun). Katanya, masjid serta surau […]

Tiada niat menidakkan hak beribadah warga asing

PUTRAJAYA – Tiada sekelumit niat dalam hati kerajaan Malaysia untuk menidakkan hak bukan warganegara untuk beribadah bersama-sama di rumah Allah SWT. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, buktinya selama ini sebelum adanya wabak koronavirus (Covid-19), bukan warganegara bebas untuk beribadah di mana-mana masjid, surau Jumaat […]

Perlis benar warga asing solat jemaah di masjid

KANGAR – Perlis memberi kelonggaran kepada warga asing berstatus pemastautin dalam kariah untuk bersolat jemaah di masjid. Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Dr Hazman Hassan, berkata kebenaran itu tertakluk mengikut syarat tertentu, selain pelaksanaannya juga berkuota atau ada had. “Warga asing terbabit mestilah memenuhi syarat kelayakan ditetapkan sebelum ini dan jemaah istiqamah […]

Biar pengurusan masjid tentukan: Mufti Pulau Pinang

SHAH ALAM – Kebenaran solat Jumaat kepada warga asing wajar diserahkan kepada pihak pengurusan surau dan masjid mengikut negeri untuk membuat pertimbangan. Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, bagi Pulau Pinang pihaknya tiada halangan menyerahkan kepada pengurusan masjid khususnya bagi beberapa kawasan yang dimonopoli warga asing. Bagaimanapun menurutnya, ia […]

Solat jemaah, Jumaat dan status haji diketahui Khamis ini

PUTRAJAYA – Isu bagi solat Jumaat dan solat berjemaah di Masjid sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPB) akan diumumkan pada Khamis ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, keputusan perlu dibuat berdasarkan ketertiban yang diamalkan di negara ini. Jelas beliau ini kerana perbincangan khusus […]

Hanya rakyat Malaysia dibenar solat berjemaah di masjid

PUTRAJAYA – Kerajaan hanya memberi kebenaran kepada rakyat tempatan untuk melakukan solat berjemaah di masjid selepas kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) diperluas bagi melibatkan jumlah yang lebih besar. Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, larangan masih lagi dikenakan kepada warga asing untuk solat berjemaah di masjid pada masa ini memandangkan penularan kes […]

Lebih ramai boleh bersolat jemaah

PETALING JAYA – Putrajaya secara dasarnya bersetuju memberi lebih kelonggaran untuk umat Islam menunaikan solat berjemaah, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. “Kalau dulu dihadkan kepada 30 orang sahaja, tetapi tadi kita bersetuju berdasarkan keluasan masjid. Asalkan ada penjarakan sosial dalam masjid, maka tidak ada halangan untuk orang ramai melakukan solah secara […]

Chong Wei beri sumbangan pada masjid

KUALA LUMPUR – Bekas jaguh perseorangan badminton lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei menunjukkan teladan yang baik apabila memberi sumbangan kepada Masjid Al-Hidayah Kampung Sungai Penchala (MAHSP), Kuala Lumpur pada 29 Mei. Perkongsian itu dimuat naik di akaun Facebook rasmi masjid itu yang turut disertakan tiga gambar Chong Wei menghulurkan sumbangan kepada wakil masjid. “Terima […]

Singapura buka masjid bermula 2 Jun

SINGAPURA – Kebanyakan masjid di Singapura akan dibuka secara berperingkat bermula 2 Jun, bagaimanapun solat berjemaah dan solat Jumaat masih tidak dibenarkan. Langkah pemutus rantaian lebih ketat yang dikuatkuasakan oleh republik ini bermula 7 April lepas bagi mengekang penularan wabak Covid-19 akan berakhir pada 1 Jun. Menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), masjid akan mengehadkan […]