Home » Citra Yadim » Musaádah Covid-19 diteruskan di Kemaman

Musaádah Covid-19 diteruskan di Kemaman

KEMAMAN – Inisiatif membantu masyarakat oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu diteruskan di tiga kampung di sini pada 17 Jun.

Program tersebut memberi manfaat kepada 100 keluarga di Kampung Geliga, Kampung Geliga Baru dan Kampung Kuala Kemaman.

Para peserta menerima sumbangan barangan keperluan harian bagi meringankan beban mereka. Majoriti penerima adalah penduduk kampung yang bekerja sendiri daripada kalangan B40.

Inisiatif ini mendapat kerjasama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera serta Majlis Pengurusan Komuniti Kampung ketiga tiga kampung berkenaan.

Pengarah YADIM Terengganu, Mahadi Awang mewakili badan dakwah ini dalam program tersebut.

Terdahulu, YADIM Terengganu juga melaksanakan program yang sama di Dungun dengan menyantuni golongan nelayan selain penduduk miskin di Kampung Delong dengan pemberian sumbangan barangan keperluan dapur.

Hadir sama di program ini ialah wakil Pegawai Perpaduan Daerah Dungun, Mohd Farid Omar yang menyelaras perjalanan program bersama Kawasan Rukun Tetangga Kampung Delong.

Pada hari yang sama , YADIM Terengganu juga mengadakan program Yadim Lestari Cuci-Cuci di Masjid Tengku Ampuan Intan Zaharah, Dungun. Menerusi program ini YADIM Teregganu membantu membersihkan masjid ini dengan kerjasama pihak pengurusan masjid.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *