Peranan masjid bantu kariah melalui program JAWI Food Bank

KUALA LUMPUR – Walaupun rumah ibadat khususnya masjid dan surau Jumaat tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu namun peranan institusi Islam itu tidak terhenti begitu sahaja. Masjid dan surau Jumaat di Wilayah Persekutuan dilihat memainkan peranan penting dalam membantu kerajaan dalam menangani wabak Covid-19 melalui program Food Bank […]

Putrajaya bakal miliki masjid ke-3, Quran Village

PUTRAJAYA – Putrajaya bakal memiliki masjid ke-3 memandangkan populasi penduduk kawasan itu dijangka bertambah sehingga 300,000 orang dalam tempoh 5 tahun akan datang, kata Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa. Beliau berkata tapak pembinaan masjid itu dikenal pasti di Presint 14 dan pihaknya sedang meneliti pembinaan projek berkenaan yang berkonsepkan “Al-Quran”. “Kami juga sedang meneliti cadangan […]

Musa’adah Covid 19 sekitar Tumpat

TUMPAT – Bagi meneruskan usaha menyantuni rakyat yang terkesan dengan musibah Covid-19, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 30 April telah turun padang menyampaikan bantuan ke jajahan ini. Seramai 80 keluarga dari tiga kawasan iaitu Kampung Genting, Kampung Kubang Batang dan kariah Masjid Putra, Pasir Pekan menerima sumbangan berbentuk barangan keperluan harian daripada YADIM […]

Kami bantu rakyat berbeza agama, bangsa atas dasar kemanusiaan

  PETALING JAYA – Selepas tular dan mendapat pujian ramai susulan bantuan makanan kepada penduduk sekitar, termasuk orang bukan Islam, Masjid Al-Islamiah di Kampung Lindungan, Petaling Jaya berkata aktiviti itu terus diperluas bagi membantu masyarakat yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jurucakap masjid, Muhammad Hafis Asib berkata bantuan makanan kepada mereka terjejas ketika PKP […]

Sabah lanjut tangguh aktiviti masjid hingga 28 April

KOTA KINABALU – Sabah melanjutkan arahan penangguhan aktiviti solat berjemaah dan solat Jumaat di setiap masjid serta surau di seluruh negeri sehingga 28 April susulan keputusan kerajaan melanjutkan tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) bagi membendung penularan Covid-19. Mufti Sabah Datuk Bungsu@Aziz Jaafar berkata, perkara berkenaan diputuskan selepas mengambil kira asas-asas syarak dan maqasid syariah demi […]

COVID-19: Sultan Selangor titah tangguh solat jemaah di masjid hingga akhir Mei

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menitahkan tempoh penangguhan solat Jumaat, solat jemaah dan aktiviti ceramah serta kuliah di semua masjid dan surau di negeri itu dilanjutkan sehingga 31 Mei depan. Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, berkata walaupun berat hati, titah baginda itu adalah demi kesejahteraan rakyat di […]

Masjid, surau seluruh negara akan jalani pembersihan dan nyahkuman

KUALA LUMPUR- Semua masjid dan surau di seluruh negara akan menjalankan operasi pembersihan dan proses ‘nyahkuman’ dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Selain itu, masjid juga akan dijadikan pusat komuniti agihan bantuan bagi asnaf dan kelompok memerlukan yang terjejas akibat COVID-19. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri […]

Pelajar tahfiz Masjid Sri Petaling terima sumbangan bahan bacaan YADIM

PUTRAJAYA – Prihatin dengan nasib yang menimpa pelajar tahfiz di Masjid Sri Petaling, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), pada 30 Mac telah menyumbangkan bahan bacaan daripada badan dakwah ini. Sejumlah 110 naskhah buku dan 29 majalah bernilai RM1,000 disumbangkan kepada mereka. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab […]

Tangguh aktiviti masjid, surau dilanjut, kata menteri agama

PETALING JAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mencadangkan aktiviti melibatkan masjid dan surau termasuk menunaikan solat Jumaat dan berjemaah dilanjutkan sehingga tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) berakhir. Zulkifli berkata, cadangan berkenaan dibuat selepas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan lanjutan tempoh PKP sehingga 14 April depan, berdasarkan peningkatan kes […]

Sabah lanjut arahan larangan aktiviti di masjid hingga 31 Mac

KOTA KINABALU – Sabah melanjutkan arahan penangguhan aktiviti solat berjemaah dan solat Jumaat di setiap masjid serta surau di seluruh negeri sehingga 31 Mac ini selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang berkuat kuasa ketika ini. Mufti Sabah Datuk Bungsu Aziz Jaafar berkata, sebelum ini, arahan penangguhan itu ditetapkan sehingga 26 Mac, namun, berdasarkan […]