Bakal peguam syarie wajib jalani latihan dalam kamar 6 bulan

KUALA LUMPUR – Bakal peguam syarie akan diwajibkan untuk menjalani latihan dalam kamar selama enam bulan, sekiranya Rang Undang-Undang (RUU) Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019 diluluskan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, ia bertujuan untuk membiasakan diri mereka dengan perundangan substantif dan tatacara yang perlu dipatuhi dalam pengendalian […]

Mujahid tepis dakwaan Syiah disebar di Parlimen

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menepis dakwaan kunjungan delegasi Iran ke bangunan Parlimen bertujuan menyebarkan fahaman Syiah. Tegas beliau, kunjungan delegasi Iran ke Bangunan Parlimen tidak menggambarkan Malaysia juga menerima ajaran Syiah. “Saya fikir kalau ada pengikut fahaman Syiah masuk Parlimen nak lawat apa masalah? Duta Iran […]

Mujahid nafi kaitkan Xinjiang, Uighur dan berita palsu dalam ucapan di China

PETALING JAYA – Pejabat Mujahid Yusof Rawa hari ini (1 Jul) menafikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu pernah menggunakan perkataan Xinjiang atau etnik Uighur bersama perkataan “berita palsu” dalam teks ucapannya ketika melawat sebuah universiti di China minggu lalu. Katanya, Mujahid hanya menggunakan perkataan “berita palsu” untuk memberi gambaran ia mampu menjejaskan hubungan antara […]

Kerajaan laksana langkah penjimatan pelan penstrukturan dan pemulihan semula TH

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah melaksanakan beberapa langkah penjimatan menerusi pelan penstrukturan dan pemulihan semula Lembaga Tabung Haji (TH) . Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata menerusi rundingan semula kontrak terdahulu, penjimatan sejumlah RM 9.3 juta bagi setahun yang memberi penjimatan optimum kepada TH terutama dalam bidang perbekalan, infrastruktur dan […]

Institusi zakat disaran turun padang dekati asnaf

KUALA LUMPUR – Institusi zakat disaran turun padang bagi mendekati dan mencari golongan asnaf di seluruh negara dalam usaha menyampaikan bantuan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa. Beliau berkata, golongan itu seharusnya dijejaki supaya mendapat bantuan zakat yang sememangnya hak mereka. “Bila kata hak, tidak boleh tunggu mereka minta, […]

Penyeragaman fatwa dan undang-undang syariah beri keadilan kepada semua pihak

KUALA LUMPUR – Penyeragaman fatwa serta undang-undang syariah perlu bagi memperkasakan undang-undang syariah agar ia dapat memberikan keadilan dan rahmat kepada semua pihak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa. Perkara itu selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mengesyorkan supaya wujud penyelarasan fatwa […]

Cadangan seragam undang-undang kesalahan jenayah syariah akan dipersembah kepada Raja-raja

KANGAR – Kerajaan akan menghadap Majlis Raja-raja tidak lama lagi berhubung cadangan untuk menyeragamkan undang-undang kesalahan jenayah syariah antara negeri-negeri, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa. Pada masa ini, undang-undang berkenaan berbeza antara satu negeri dengan negeri lain. Raja-raja adalah ketua agama di negeri masing-masing. Sehubungan itu, Mujahid berkata […]

Majlis kebangsaan lulus cadangan undang-undang syariah seragam

PETALING JAYA – Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI), meluluskan cadangan menyeragamkan undang-undang kesalahan jenayah syariah semua negeri. Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, usaha ini selari dengan agenda mewujudkan suatu model undang-undang yang boleh memberi keadilan pada semua yang terlibat dalam kes jenayah syariah. Pada masa […]

Jawatankuasa khas laksana Mahkamah Khas Perkahwinan, Hadhanah dan Nafkah

PARIT BUNTAR – Kabinet telah meluluskan satu jawatankuasa khas bagi pelaksanaan Mahkamah Khas Perkahwinan, Hadhanah dan Nafkah yang mempunyai kuasa menyita harta lelaki culas membayar nafkah kepada bekas isteri. Jawatankuasa khas berkenaan dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. […]

Masih tunggu jawapan Arab Saudi

KUALA LUMPUR – Kerajaan masih menunggu jawapan daripada kerajaan Arab Saudi berhubung permohonan tambahan kuota untuk 10,000 lagi jemaah haji dari negara ini tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof menjelaskan, permohonan tersebut kini diperingkat perbincangan kepemimpinan tertinggi kedua-dua buah negara. “Itu betul-betul berada di pihak Arab Saudi, jika mereka […]