Home » Langit Terbuka » Majlis kebangsaan lulus cadangan undang-undang syariah seragam

Majlis kebangsaan lulus cadangan undang-undang syariah seragam

Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, usaha pelarasan ini selari dengan agenda mewujudkan suatu model undang-undang yang boleh memberi keadilan pada semua yang terlibat dalam kes jenayah syariah. - Foto Sinar Harian

PETALING JAYA – Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI), meluluskan cadangan menyeragamkan undang-undang kesalahan jenayah syariah semua negeri.

Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, usaha ini selari dengan agenda mewujudkan suatu model undang-undang yang boleh memberi keadilan pada semua yang terlibat dalam kes jenayah syariah.

Pada masa ini, setiap negeri mengguna pakai undang-undang kesalahan jenayah syariah yang tidak seragam peruntukannya, antara lain meliputi jenis kesalahan, hukuman, dan kadar hukuman.

“Terdapat kesalahan tertentu yang boleh dikenakan hukuman sebat di sesetengah negeri tetapi tidak boleh dikenakan hukuman sebat di beberapa negeri lain.

“Ketidakseragaman ini, antara lain, boleh menyebabkan ketidakadilan, khususnya kepada tertuduh, pihak pendakwaan, dan pihak-pihak yang terlibat dalam sesuatu kes jenayah syariah,” katannya dalam kenyataan.

Pejabat Menteri menjelaskan satu draf model undang-undang akan digubal melalui pindaan pada peruntukan sedia ada dan penambahan beberapa peruntukan baru bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan).

Model itu akan “mengambil kira semua peruntukan sedia ada bawah undang-undang kesalahan jenayah syariah yang sedang berkuatkuasa di negeri-negeri,” katanya.

Draf model itu kemudian akan dibentangkan kepada negeri-negeri melalui forum tertentu bagi mendapatkan pandangan, maklum balas dan persetujuan mereka.

Jika ia dipersetujui, draf model tersebut akan menjadi asas dan panduan kepada negeri-negeri dalam menggubal undang-undang kesalahan jenayah syariah yang seragam, katanya. -FreeMalaysiaToday

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *