Jangan mainkan isu tulisan jawi dan seni khat

SABAK BERNAM – Kerajaan lebih mengetahui apa yang dilaksanakan berhubung isu penggunaan tulisan jawi dan seni khat ke dalam buku teks di semua sekolah. Justeru, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, menasihatkan semua pihak supaya tidak mempolitikkan isu berkenaan. “Sepatutnya, isu itu (tulisan jawi dan seni khat) perlu dilihat secara positif […]

Adakan Konvesyen Malaysia Rahmah di peringkat daerah

SELAMA – Konvensyen Malaysia Rahmah yang berperanan memberi kefahaman mengenai gagasan Rahmatan Lil Alamin dicadangkan untuk diadakan di lebih banyak daerah di Perak. Itu antara cadangan yang diterima Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) selaku penganjur sewaktu sesi soal jawab program Konvensyen Malaysia Rahmah Peringkat Larut, yang diadakan di Dewan Permai Majlis Daerah Selama, di sini […]

Karnival Rahmah anjuran kerjasama rakan strategik

PUTRAJAYA – Karnival Rahmah 2019 dianjurkan dengan kerjasama dengan rakan strategik dan syarikat korporat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusuf. Beliau berkata, karnival empat hari bermula 26 hingga 29 September ini melibatkan sekurang-kurangnya 10 kementerian dan banyak penyertaan syarikat swasta yang secara tidak langsung menampung kos pembiayaan program itu. Katanya, […]

Jawatankuasa proses digitalisasi pentadbiran Islam diumum akhir tahun

PUTRAJAYA – Penubuhan satu jawatankuasa khas akan diumumkan sebelum akhir tahun ini bagi memulakan proses pendigitalisasi pentadbiran Islam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof. Beliau berkata pihaknya sedang berbincang dengan beberapa pakar yang relevan dalam hal berkaitan digitalisasi sebelum nama mereka yang menganggotai jawatankuasa itu diumumkan. Katanya bagi tujuan itu […]

Kertas cadangan gagasan Rahmatan Lil Alamin akan dibawa ke kabinet

MELAKA – Kertas cadangan mengenai gagasan Rahmatan Lil Alamin yang akan menjadi dasar baharu pentadbiran Islam di negara ini akan dibawa ke mesyuarat kabinet dalam masa terdekat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata kertas cadangan itu kini berada di peringkat akhir dan menunggu masa untuk dibentangkan kepada jemaah menteri. “Perjalanan […]

Tabung Bencana Palu terima sumbangan lebih RM760,000

PUTRAJAYA – Tabung Bencana Alam Fasa Kedua Palu (Pembinaan Masjid) hari ini (19 Julai) menerima sumbangan RM764,750.35 daripada agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi membantu masyarakat Islam di Palu, Sulawesi Tengah, yang dilanda gempa bumi dan tsunami pada akhir tahun lalu. Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan […]

Saya hanya bertanggungjawab kepada orang Islam

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof menjelaskan hanya memikirkan tentang kebajikan umat Islam di negara ini berhubung isu produk minuman atau arak tanpa alkohol. Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar menegaskan beliau tidak boleh mengawal sesiapa pun termasuk peguam, Siti Zabedah Kasim atau Siti Kasim berfikir tentang […]

Jangan kelirukan umat Islam

PARIT BUNTAR – Syarikat pengeluar minuman keras di negara ini diminta tidak mengelirukan pengguna terutama umat Islam dengan mengeluarkan produk minuman atau arak tanpa alkohol. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof menegaskan pengeluaran produk sedemikian bukan sahaja mengelirukan umat Islam, malah ia satu tindakan tidak baik. “Menggunakan nama arak tanpa alkohol amat […]

Akta Wakaf perlu jawatankuasa peneliti sebelum dibentangkan

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, satu jawatankuasa akan ditubuhkan bagi merangka dan meneliti draf Akta Wakaf yang dalam perancangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Menurut Ahli Parlimen Parti Buntar itu, jawatankuasa berkenaan akan dibarisi pakar-pakar perunding komputer dan pakar kewangan Islam kerana ia membabitkan regulatori melibatkan […]